I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 30 November 2012

Maafkan Segala Khilafku.



Erm, aku sebenarnya tak tau bagaimana nak mulakan, Cuma aku nak mintak Maaf. Perasaan amarah yang tidak dapat aku kawal akhirnya memakan diri aku sendiri. Bak kata pepatah melayu - terlajak perahu boleh diundur, terlajar kata buruk padahnya. Sekira engkau membaca tulisan ini, aku benar-benar mohon maaf. 

Aku taknak kehilangan engkau dalam hidup aku. Terlalu banyak peristiwa yang menyakitkan terjadi sebelum aku berjumpa kamu. Jadi apabila engkau hadir dalam hidup aku... aku begitu menghargai diri engkau sangat-sangat. Apa yang berlaku pada malam ini, memang diluar kawal aku sendiri. Engkau lebih mengenali diriku berbanding aku sendiri, jadi pastinya engkau lebih faham. 

Tetapi ntah la... tanpa aku sedari dalam pada aku sakit aku juga telah menyakiti diri engkau. Aku mohon maaf. Alangkah bagusnya sekiranya semua ini takkan pernah terjadi. Aku dimomokkan dengan kenangan silam yang derita. Tunggu, menunggu, tertunggu-tunggu sesuatu yang tidak pasti yang akhirnya menjadi sesuatu yang sia-sia buat aku.

Aku pernah dikecewakan.. bukan sekali tetapi banyak kali. Sehinggakan pada suatu saat aku menjadi serik. Tetapi kehadiran engkau, buatkan aku kembali hidup daripada kegelapan. Engkau sinarkan hidupku dengan cahaya pelangi. Terima kasih.

Aku terharu kerana pada saat aku jatuh, engkau datang pimpin tangan aku untuk terus bangkit. Tetapi kini hati kau telah aku sakiti. 

Betapa berat perasaan ini untuk berpisah dengan engkau. Takkan pernah aku relakan walau sepedih manapun hati ini bagai ditikam belati tajam. Aku masih sayangkan engkau.

Tinggal beberapa jam sahaja lagi... kaki ini akan melangkah pergi untuk kembali. Aku harapkan cukup sekadar satu 'sms' daripada engkau, untuk menyatakan semuanya 'Ok'. Aku tetap akan merindui engkau dan menyayangi kau walau apapun. Maafkan segala khilafku. 


Friday, 16 November 2012

Siri Tutorial Photoshop Bersama K.K!


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Untuk kesempatan ini jugak aku nak ucapkan selamat tahun baru - Maal Hijrah 1434 kepada seluruh umat Islam. Supaya kita akan dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Syukur juga aku ucapkan kepada Illahi kerana masih menganugerahkan aku udara untuk bernafas dan keringat untuk aku terus beribadah dan berbakti kepada-Nya dan masyarakat. Alhamdulillah.

Sempena tahun baru ini, aku bercadang untuk membuat video tutorial asas suntingan photoshop. Tutorial ini aku sediakan untuk mereka yang baru jer nak berjinak-jinak dalam photoshop. InsyaAllah aku akan buat tutorial yang mudah untuk dipelajari dan mudah untuk difahami. Respon sebelum ini yang aku pernah buat tutorial kat dalam group-group di facebook sangat menggalakkan. Aku harap tutorial melalui rakaman video ini akan menarik lebih ramai lagi 'beginner' untuk mempelajari asas photoshop.

Semoga daripada perkongsian ilmu ini kita akan bersama-sama dapat manfaat. Bagi mereka yang berminat dalam ilmu suntingan photoshop tetapi tidak ada asas dan latar belakang dalam bidang seni rekaan dan asas photoshop, insyaAllah dengan adanya tutorial ini nanti serba sedikit akan dapat membantu.  

Teruskan sokongan anda.

Kai Kasim.



Tuesday, 13 November 2012

Wednesday, 7 November 2012

Logo rasmi baru KK


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada teman-teman...
Allahamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberikan aku nafas untuk terus hidup di dunia ini. Sepanjang perjalanan yang penuh dengan ranjau, onak dan duri ini aku berasakan terlalu banyak yang aku lalui dan pelajari. Mudah-mudahan dapat aku jadikan sebagai panduan untuk terus hidup. Tahun 2012 tidak lama lagi akan melabuhkan tirainya dan 2013, insyaAllah akan menjelang. Banyak benda yang perlu aku capai dan ingin capai. Aku harapkan apa yang aku rancangkan pada 2012 ini (sepanjang aku masih dalam tempoh pertapaan) akan dapat dilaksanakan secara berperingkat pada tahun depan. InsyaAllah aku akan terus berjuang dalam industri.

Pada kesempatan ini aku megucapkan berbanyak terima kasih buat kawan-kawan, ahli keluarga aku dan individu-individu yang selama ini banyak mendorong dan follow dengan perkembangan seni aku. Terima kasih semua.

Monday, 5 November 2012