I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 22 September 2012

Hey You...


Hey You...
Adobe Photoshop + Wacom Intous4


0300 a.m
Lokasi: Workspace aku (PTTC)

Ya, ... sewaktu aku post artwork ni aku masih lagi berada di ofis untuk menyiapkan beberapa pekerjaan yang harus aku siapkan secepat yang mungkin. Sunyi. Namun  aku sengaja pasang lagu-lagu daripada band Linkin Park sekuat yang mungkin bagi memecah kesunyian pada malam ini. Biarpun di bilik illustrator cuma ada aku seorang je yang stayback, tapi mujurlah ada Aswad yang menemani - berada di bilik animator sebelah je dari bilik aku.

Dalam sibuk aku pun, sempat jugak aku curi masa sikit buat conteng-conteng. Ahakz... agak lama gak aku dah tak up apa-apa artwork. Nak dikata busy sangat tu... takde la sangat kut. Cuma aku ni pemalas sikit. Hehehe.... Tapi InsyaAllah, lepas ni aku akan rajin sikit buat artwork dan update kat blog.

Ok lah, time-time gini otak aku memang dah tepu... so tak tau la nk tulis apa-apa lagi. Terima kasih la aku ucapkan kepada korang sebab sudi jenguk kat blog aku ni. Terima kasih banyak. ^^,

No comments: