I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 31 August 2012

Merdeka



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga negara kita bertambah maju dan makmur. Kibarkanlah Jalur Gemilang sebagai tanda kecintaan kita terhadap negara.

Friday, 24 August 2012

///


Art By | Kai Kasim
Adobe Photoshop Cs5

Sunday, 19 August 2012

Salam Lebaran Aidil Fitri / 1433H | 2012


Assalammualaikum dan salam lebaran buat semua.

Alhamdulillah setelah berpuasa di bulan Ramadan akhirnya tibanya untuk kita meraikan kehadiran bulan Syawal. Agak lama rasanya blog ini dibiarkan bersarang, malah website pun aku belum ada masa untuk mengupdatekan apa-apa lagi. Hehehe... 

Maaf aku ucapkan...

Sejak beberapa bulan ini, aku terlalu sibuk untuk menstabilkan life aku yang agak kusut. Pada ruangan kali ini, biarlah aku simpan dulu cerita-cerita yang aku kira amat memedihkan atas sebab sempena bulan baik dan hari baik ini aku tidak mahu membuka aib siapa-siapa. Cukup dengan apa yang aku tanggung selama ini. Dimomokkan dengan impian kosong oleh mereka** yang aku hormati dan aku anggap sebagai teman - kononnya 200k diperoleh untuk set up studio. Projek kelas pertama la... itu ini begitu begini - tapi kesudahannya hanya konflik emosi yang hanya sekadar meraih perhatian semata-mata. Kini si loser hanya diam menyepi dan bersembunyi. Namun aku berterima kasih jugak kepada si loser itu kerana engkau ajar aku untuk berhati-hati mempercayai teman. 

Syukur kepada Yang Maha Esa, Dia lebih mengetahui dan berkuasa atas segalanya. Pada ketika aku benar-benar mengalami masalah kewangan, Allah telah temukan aku dengan Hadi dan E'one Fotoradiasi. Di mana mereka menawarkan aku untuk menjadi editor  bagi membuat custom album perkahwinan bagi client mereka. Aku cuma freelancer jer, walaupun bayaran tidaklah mahal tapi aku rasa cukup untuk menampung keperluan harian aku. Aku tiada masalah bekerja dengan mereka, kerana meraka sangat profesional. Banyak juga yang aku pelajari melalui mereka.

Setelah sebulan lebih aku bersama team Fotoradiasi, akhirnya aku diterima masuk untuk mengisi jawatan sebagai artis illustrasi dan konsep di syarikat Mayaloca Sdn. Bhd pada Jun lepas. Aku berterima kasih kepada En. Zamzami kerana atas kepercayaan beliau, aku telah diberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga Mayaloca. Bidang seni kreatif, terutamanya dalam bidang animasi adalah suatu bidang yang aku sangat minati sejak daripada dahulu lagi. Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi sekali kerana telah membuka pintu rezeki untukku. 

_________________________________________________________________________________

Mudah-mudahan jalan yang aku pilih sekarang adalah jalan yang benar. Hampir dua tahun aku bersama mereka** tapi sangat mengecewakan. Perjuangan berkumpulan tapi habuannya makan sorang-sorang dan hanya orang yang kau sayang. Walau bagaimanapun, aku doakan semoga mereka akan berjaya. Aku sangat menghormati sekiranya mereka dapat membuktikan bahawa tanggapan aku terhadap mereka adalah salah. Aku tidak nafikan mereka sangat berbakat dan berpotensi, tapi maaf... sekiranya attitude  mereka masih seperti mana aku mula mengenali mereka dan tidak berubah, sampai bila-bilapun mereka akan tetap begitu. 

InsyaAllah, pada kesempatan lain nanti aku akan ceritakan kenapa aku keluar daripada menyertai mereka**. Dan kenapa mereka gagal sedangkan mereka punya kekuatan. Namun sempena Aidil Fitri ini, aku mohon maaf kepada mereka sekiranya aku agak lantang dan aku maafkan ketidakbijaksanaan mereka yang kononnya bijak la sangat.

* RAYA 2011