I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 3 March 2012

Kai Kasim di Apoland

Majalah Apo? #316

***
Syukur Allahamdulillah, akhirnya atas kepercayaan yang diberikan work aku kini telah pun publish di majalah Apo? keluaran 316. Dahulu aku pernah upload work aku tersebut di laman blog ini. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih buat pihak penerbitan Majalah Apo? terutama kepada kartunis Rambai dan Kartunis Pandan kerana sudi publish work aku kat dalam majalah Apo? bagi keluaran 316.

InsyaAllah, selepas ini aku akan berusaha untuk terus memberikan yang terbaik. 

Aku juga ingin berterima kasih kepada mereka-mereka yang percaya kepada bakat aku dan menyokong akan perjuangan aku dalam industri selama ini. Walaupun sebelum ini diri aku serta work-work aku sering diperlecehkan, tapi aku akan tetap terus untuk berjuang dan menghasilkan yang terbaik. Sekurang-kurangnya kini aku mula merasakan hasil daripada usaha aku sendiri. 

Ini merupakan satu permulaan, dan aku akan pastikan ini bukan yang terakhir dalam perjuangan. Aku akan sentiasa berusaha untuk mendapat tempat di dalam industri, walaupun terlalu banyak dugaan yang perlu aku tempuhi. 

Terima kasih ini aku ingin ucapkan kepada Djack atas review serba sedikit tentang penglibatan aku dalam industri di blognya Blog Manipulasi Tali Barut. Terima kasih jugak kepada rakan-rakan seperjuangan di Manipulasi Tali Barut dan Jari Susuk Manipulasi atas dorongan dan tunjuk ajar selama ini. Terima kasih.

-macam teks ucapan menang award la pulak. Ahakz ^^,

***

No comments: