I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 5 March 2012

Fotografik Malaysia



Fotografik Malaysia adalah page di laman Facebook yang telah diwujudkan hasil idea Kukubesi Manipulasi (KB) bagi menghimpunkan pengkarya fotografik di seluruh tanah air. Page ini jugak menjadi platform di mana pengkarya fotografik di Malaysia sudah tiba masanya untuk mendapat tempat yang sewajarnya dalam industri kreatif bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat internasional.

Sepertimana KB sendiri adalah antara polopor fotografik di Malaysia dan mempunyai pengaruh yang sangat kuat di dalam industri. Kini kerjaya dalam fotografik merupakan antara cabang kerjaya yang mempunyai prospek yang begitu luas dan bertaraf profesional. Tinggal lagi kita jarang tahu pencapaian-pencapaian yang telah mereka sumbangkan terhadap industri fotografi dan kreatif di negara ini.

Bagi aku secara personal sebenarnya kita kat Malaysia mempunyai ramai mereka yang berbakat dalam apa juga bidang terutamanya dalam bidang fotografik nih, cuma platform untuk mengetengahkan bakat mereka serta peluang untuk mereka pergi lebih jauh agak terhad. Perkara yang sama pernah aku alami, betapa aku dan rakan-rakan yang lain terpaksa struggle untuk terus survive - perjuangan harus diteruskan.

Alhamdulillah dengan adanya page Fotografik Malaysia ni bagi aku agak membantu jugak dalam meningkatkan perkembangan pengkarya fotografik tanahair. Kreadit juga untuk KB yang tidak pernah melupakan orang-orang kecil seperti kami yang ingin menyelam di lautan yang sama. 

Antara karya-karya terbaik yang terdapat di Fotografik Malaysia adalah antaranya daripada mereka yang memang dah establish jugak di dalam industri seperti Muid Latif, Zulkarnain Halil (Pecah Kepala), Maheez (Photoshop Malaya), Kabir Malek Hdr Legion, Kartunis Pandan, kengkawan seperjuangan daripada Jari Susuk Manipulation - Jake Hays, Zauqi Berapi, Chekgu Diman, Reeza Yusuf, dan Cekodok Pisang, Ismail Hj. Alli (MTB) serta ada banyak lagi. Syukur alhamdulillah gak, karya aku pun dimuatkan kat dalam tu... terima kasih aku ucapkan kat KB dan Fotografik Malaysia kerana percaya dan menghargai bakat serta hasil usaha aku selama ini. Terima kasih.

Marilah kita sokong bakat-bakat pengkarya Malaysia.

SUPPORT LOCAL!!!



No comments: