I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 9 March 2012

Blues Nya Aku...

Blues Nya Aku
[Blues versi Kai!]
wacom intous4 + Adobe Photoshop Cs5
| Kai Kasim |

Doodle ni tribute untuk Shaari Sulong atau lebih kita kenali sebagai kartunis Aie. Aku antara orang yang mengkagumi hasil-hasil kerja kartunis Aie... antara hasil kerjanya yang superb ialah Abe, Blues Untuk Aku, Aku dan sesuatu dan banyak lagi. Stoke lukisannya jugak begitu unik.

Agak lama kartunis Aie menyepi dalam arena perkartunan Melayu. Dengar-dengar beliau sekarang terlibat dalam bidang animasi pulak. Semoga beliau sukses dengan perkerjaannya sekarang. 

Pastinya ramai yang merindui zaman kegemilangan majalah Ujang era 90-an. Di mana gabungan kartunis seperti Aie, Gayour, Duku, Bawang, Nik, Tembakau, Petai dan yang lain-lain memang mantap. Hasil kerja mereka sungguh memberi inspirasi kepada anak-anak muda seperti aku suatu masa dahulu.

Di harap chemistry seperti ini akan muncul kembali oleh bakat-bakat baru dalam menghasilkan kualiti kartun yang bermutu dan meningkatkan industri pekartunan tanah air seperti mana zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.

No comments: