I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 31 March 2012

Yuna


Yuna
Wacom Intous4 + Adobe Photoshop Cs5

Friday, 30 March 2012

Amy Search...


Tribute to Amy Search
[karikatur]
Wacom Intous4 + Adobe Photoshop5
By | Kai Kasim

Sunday, 25 March 2012

Character Design | Edan


Edan
Wacom Intous 4 + Adobe Photoshop Cs5
By| Kai Kasim

Paradoxical


Paradoxical
[Graphics Manipulation Art]
Adobe Photoshop
By | Kai Kasim

Friday, 23 March 2012

Digiskech tribute...

Special Tribute for "Papa Rock Malaysia"
Perjalanan Hidup | Ramli Sarip
Adobe Photoshop Cs5
By| Kai Kasim


Special tribute to Sifu M. Nasir
Adobe Photoshop Cs5
By | Kai Kasim



Tribute to my best friend - Ridzuan Onn 
Pahlawan Mimpi | Nidji
Adobe Photoshop Cs5
By| Kai Kasim

Maradona


Maradona
Legendary Footballer Superstar
[Digisketch]
Adobe Photoshop Cs5
By | Kai Kasim

Thursday, 22 March 2012

Logan



Logan
Wacom Intous4 + Adobe Photoshop Cs5
By | Kai Kasim


"I'm the best there is at what i do, and what i do best isn't very nice. I'm the Wolverine." 
Logan | X-men Origin: Wolverine

Monday, 19 March 2012

Sunday, 18 March 2012

Wolverine



Wolverine | X-men Origin
[Digiskecth]
Adobe Photoshop Cs5


Why is the moon so lonely? Because she used to have a lover. His name was Kuekuatsheu and they lived in the spirit world together. And every night they would wander the skies together. But... one of the other spirit was jealous. Tricker, one of the moons from south, he told Kuekuatsheu that the moon had asked for flowers. He told him to come to our world and pick some wild roses but Kuekuatsheu didn't know that once you leave the spirit world, you can never go back. And every night, he looks up in the sky and sees the moon and howls her name. But... he can never touch her again. - Wolverine | X-men Origin


"

Character Design Competition by Wonder Character Asia

Character Design Competition by Wonder Character Asia ... Yup. Aku try gak, mana la tauk rezeki la kan. Mula-mula aku hantar satu jer penyertaan. Tapi last minute idea datang, aku buat lagi satu. Tapi ntah la sempat ke tak. Aku submit by email setengah jam sebelum tarikh tutup, pada tengah malam 16 Mac. Harap-harap sempat la kut. Kepada rakan-rakan yang turut menghantar penyertaan, aku ucapkan all the best and good luck guys. Tak dilupakan juga, kepada mereka yang 'Like' work aku untuk CDC ni, aku mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan korang. Teruskan menyokong kegiatan dan hasil artwork aku, InsyaAllah aku akan buat yang terbaik.


Protagonist

Name: Rex
Code No: SCU045678
Devision : RIDEN | Kosmos Crime Enforcement Bureau
Age: 22
Gender: Male
D.O.B: 26 March
P.O.B: Kosmos Hospital
Height: 5'11" (1.80 m)
Weight: 158 lbs (71.8)

RIDEN is crime enforcement bureau in the Kosmos city. RIDEN an elite team exceptional crime prevention where the police are unable to resolve the case or the crime. Rex is part of the team RIDEN, a hot-tempered but sometimes unusual and funny behavior. Raise in an orphanage after his parent were killed in front of his own eyes by criminals when he was seven years old. Rex's fatther was also fomerly RIDEN officer



Character Name | Lang

Lang is a traveler. Each destination he stopped, he would be involved with the disaster. But all can be overcome, even though sometimes make the situation became more chaotic. Always want to be heroes. Weekness is when people praised his handsome and strong




p/s: Maaf, aku sengaja tulis deskripsinya bahasa omputeh supaya nampak international sikit... ahakz... kalo tak faham tu korang boleh bukak kamus. ^^,

Friday, 9 March 2012

Blues Nya Aku...

Blues Nya Aku
[Blues versi Kai!]
wacom intous4 + Adobe Photoshop Cs5
| Kai Kasim |

Doodle ni tribute untuk Shaari Sulong atau lebih kita kenali sebagai kartunis Aie. Aku antara orang yang mengkagumi hasil-hasil kerja kartunis Aie... antara hasil kerjanya yang superb ialah Abe, Blues Untuk Aku, Aku dan sesuatu dan banyak lagi. Stoke lukisannya jugak begitu unik.

Agak lama kartunis Aie menyepi dalam arena perkartunan Melayu. Dengar-dengar beliau sekarang terlibat dalam bidang animasi pulak. Semoga beliau sukses dengan perkerjaannya sekarang. 

Pastinya ramai yang merindui zaman kegemilangan majalah Ujang era 90-an. Di mana gabungan kartunis seperti Aie, Gayour, Duku, Bawang, Nik, Tembakau, Petai dan yang lain-lain memang mantap. Hasil kerja mereka sungguh memberi inspirasi kepada anak-anak muda seperti aku suatu masa dahulu.

Di harap chemistry seperti ini akan muncul kembali oleh bakat-bakat baru dalam menghasilkan kualiti kartun yang bermutu dan meningkatkan industri pekartunan tanah air seperti mana zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.

Thursday, 8 March 2012

Monday, 5 March 2012

Fotografik Malaysia



Fotografik Malaysia adalah page di laman Facebook yang telah diwujudkan hasil idea Kukubesi Manipulasi (KB) bagi menghimpunkan pengkarya fotografik di seluruh tanah air. Page ini jugak menjadi platform di mana pengkarya fotografik di Malaysia sudah tiba masanya untuk mendapat tempat yang sewajarnya dalam industri kreatif bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat internasional.

Sepertimana KB sendiri adalah antara polopor fotografik di Malaysia dan mempunyai pengaruh yang sangat kuat di dalam industri. Kini kerjaya dalam fotografik merupakan antara cabang kerjaya yang mempunyai prospek yang begitu luas dan bertaraf profesional. Tinggal lagi kita jarang tahu pencapaian-pencapaian yang telah mereka sumbangkan terhadap industri fotografi dan kreatif di negara ini.

Bagi aku secara personal sebenarnya kita kat Malaysia mempunyai ramai mereka yang berbakat dalam apa juga bidang terutamanya dalam bidang fotografik nih, cuma platform untuk mengetengahkan bakat mereka serta peluang untuk mereka pergi lebih jauh agak terhad. Perkara yang sama pernah aku alami, betapa aku dan rakan-rakan yang lain terpaksa struggle untuk terus survive - perjuangan harus diteruskan.

Alhamdulillah dengan adanya page Fotografik Malaysia ni bagi aku agak membantu jugak dalam meningkatkan perkembangan pengkarya fotografik tanahair. Kreadit juga untuk KB yang tidak pernah melupakan orang-orang kecil seperti kami yang ingin menyelam di lautan yang sama. 

Antara karya-karya terbaik yang terdapat di Fotografik Malaysia adalah antaranya daripada mereka yang memang dah establish jugak di dalam industri seperti Muid Latif, Zulkarnain Halil (Pecah Kepala), Maheez (Photoshop Malaya), Kabir Malek Hdr Legion, Kartunis Pandan, kengkawan seperjuangan daripada Jari Susuk Manipulation - Jake Hays, Zauqi Berapi, Chekgu Diman, Reeza Yusuf, dan Cekodok Pisang, Ismail Hj. Alli (MTB) serta ada banyak lagi. Syukur alhamdulillah gak, karya aku pun dimuatkan kat dalam tu... terima kasih aku ucapkan kat KB dan Fotografik Malaysia kerana percaya dan menghargai bakat serta hasil usaha aku selama ini. Terima kasih.

Marilah kita sokong bakat-bakat pengkarya Malaysia.

SUPPORT LOCAL!!!



Jatuh cinta lagi....


Neelofa
[Smudge Art]
By | Kai Kasim
2012

Saturday, 3 March 2012

Kai Kasim di Apoland

Majalah Apo? #316

***
Syukur Allahamdulillah, akhirnya atas kepercayaan yang diberikan work aku kini telah pun publish di majalah Apo? keluaran 316. Dahulu aku pernah upload work aku tersebut di laman blog ini. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih buat pihak penerbitan Majalah Apo? terutama kepada kartunis Rambai dan Kartunis Pandan kerana sudi publish work aku kat dalam majalah Apo? bagi keluaran 316.

InsyaAllah, selepas ini aku akan berusaha untuk terus memberikan yang terbaik. 

Aku juga ingin berterima kasih kepada mereka-mereka yang percaya kepada bakat aku dan menyokong akan perjuangan aku dalam industri selama ini. Walaupun sebelum ini diri aku serta work-work aku sering diperlecehkan, tapi aku akan tetap terus untuk berjuang dan menghasilkan yang terbaik. Sekurang-kurangnya kini aku mula merasakan hasil daripada usaha aku sendiri. 

Ini merupakan satu permulaan, dan aku akan pastikan ini bukan yang terakhir dalam perjuangan. Aku akan sentiasa berusaha untuk mendapat tempat di dalam industri, walaupun terlalu banyak dugaan yang perlu aku tempuhi. 

Terima kasih ini aku ingin ucapkan kepada Djack atas review serba sedikit tentang penglibatan aku dalam industri di blognya Blog Manipulasi Tali Barut. Terima kasih jugak kepada rakan-rakan seperjuangan di Manipulasi Tali Barut dan Jari Susuk Manipulasi atas dorongan dan tunjuk ajar selama ini. Terima kasih.

-macam teks ucapan menang award la pulak. Ahakz ^^,

***

Friday, 2 March 2012

Syukur

1 MAC 2012

Ada kisah yang terlakar. Namun bukan tentang aku. Tapi tentang mereka.
Jiwa-jiwa yang terpisah kini telah kembali bersatu.
Syukur.

12 tahun aku mengenalinya, tetapi dia terpaksa menunggu 27 tahun untuk mengenali dirinya sendiri.
Hari ini dia ditemukan dengan 3 lagi jiwa yang menyatu dalam dirinya.
Syukur.

Siapa?
Apa?
Bagaimana?
Di mana?
Mengapa?
-- biarlah aku simpan kisah dan kenangan itu.
--Pesan untuk sahabat; hari ini kau mengajar aku tentang hidup. Aku tahu kau kuat untuk tabah menghadapi semua ini. Ingat, Allah punya perancangan untuk kita. Setiap yang berlaku
pasti ada sebab musababnya dan ada hikmah di sebaliknya.

Syukurlah pada Ilahi, hari ini kau ditemukan dengan mereka. Sesungguhnya mereka juga merindui kehadiranmu.

Syukurlah...