I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 30 December 2012

HILANG

Ahad
30 Disember 2012
11.12 a.m
Di bilik aku.


Mungkin apabila sesuatu sudah tiada dan bukan menjadi milik kita kita lagi.... pada ketika itulah kita rasa menyesal dan menghargainya sangat-sangat. Kekadang aku kurang mengerti tentang kehidupan. Mudah rasa terusik, walhal bila aku fikirkan kembali... arghhh... perkara remeh sahaja. Tetapi sekiranya aku tidak mengambil pusing, pastinya perkara silam berulang kembali.


Sunday, 23 December 2012

kOsong-kOsong

Apa yang aku jangkakan nampaknya telahpun terjadi. Terima kasih. :')

#kOsong-kOsong

Friday, 30 November 2012

Maafkan Segala Khilafku.



Erm, aku sebenarnya tak tau bagaimana nak mulakan, Cuma aku nak mintak Maaf. Perasaan amarah yang tidak dapat aku kawal akhirnya memakan diri aku sendiri. Bak kata pepatah melayu - terlajak perahu boleh diundur, terlajar kata buruk padahnya. Sekira engkau membaca tulisan ini, aku benar-benar mohon maaf. 

Aku taknak kehilangan engkau dalam hidup aku. Terlalu banyak peristiwa yang menyakitkan terjadi sebelum aku berjumpa kamu. Jadi apabila engkau hadir dalam hidup aku... aku begitu menghargai diri engkau sangat-sangat. Apa yang berlaku pada malam ini, memang diluar kawal aku sendiri. Engkau lebih mengenali diriku berbanding aku sendiri, jadi pastinya engkau lebih faham. 

Tetapi ntah la... tanpa aku sedari dalam pada aku sakit aku juga telah menyakiti diri engkau. Aku mohon maaf. Alangkah bagusnya sekiranya semua ini takkan pernah terjadi. Aku dimomokkan dengan kenangan silam yang derita. Tunggu, menunggu, tertunggu-tunggu sesuatu yang tidak pasti yang akhirnya menjadi sesuatu yang sia-sia buat aku.

Aku pernah dikecewakan.. bukan sekali tetapi banyak kali. Sehinggakan pada suatu saat aku menjadi serik. Tetapi kehadiran engkau, buatkan aku kembali hidup daripada kegelapan. Engkau sinarkan hidupku dengan cahaya pelangi. Terima kasih.

Aku terharu kerana pada saat aku jatuh, engkau datang pimpin tangan aku untuk terus bangkit. Tetapi kini hati kau telah aku sakiti. 

Betapa berat perasaan ini untuk berpisah dengan engkau. Takkan pernah aku relakan walau sepedih manapun hati ini bagai ditikam belati tajam. Aku masih sayangkan engkau.

Tinggal beberapa jam sahaja lagi... kaki ini akan melangkah pergi untuk kembali. Aku harapkan cukup sekadar satu 'sms' daripada engkau, untuk menyatakan semuanya 'Ok'. Aku tetap akan merindui engkau dan menyayangi kau walau apapun. Maafkan segala khilafku. 


Friday, 16 November 2012

Siri Tutorial Photoshop Bersama K.K!


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Untuk kesempatan ini jugak aku nak ucapkan selamat tahun baru - Maal Hijrah 1434 kepada seluruh umat Islam. Supaya kita akan dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Syukur juga aku ucapkan kepada Illahi kerana masih menganugerahkan aku udara untuk bernafas dan keringat untuk aku terus beribadah dan berbakti kepada-Nya dan masyarakat. Alhamdulillah.

Sempena tahun baru ini, aku bercadang untuk membuat video tutorial asas suntingan photoshop. Tutorial ini aku sediakan untuk mereka yang baru jer nak berjinak-jinak dalam photoshop. InsyaAllah aku akan buat tutorial yang mudah untuk dipelajari dan mudah untuk difahami. Respon sebelum ini yang aku pernah buat tutorial kat dalam group-group di facebook sangat menggalakkan. Aku harap tutorial melalui rakaman video ini akan menarik lebih ramai lagi 'beginner' untuk mempelajari asas photoshop.

Semoga daripada perkongsian ilmu ini kita akan bersama-sama dapat manfaat. Bagi mereka yang berminat dalam ilmu suntingan photoshop tetapi tidak ada asas dan latar belakang dalam bidang seni rekaan dan asas photoshop, insyaAllah dengan adanya tutorial ini nanti serba sedikit akan dapat membantu.  

Teruskan sokongan anda.

Kai Kasim.



Tuesday, 13 November 2012

Wednesday, 7 November 2012

Logo rasmi baru KK


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada teman-teman...
Allahamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberikan aku nafas untuk terus hidup di dunia ini. Sepanjang perjalanan yang penuh dengan ranjau, onak dan duri ini aku berasakan terlalu banyak yang aku lalui dan pelajari. Mudah-mudahan dapat aku jadikan sebagai panduan untuk terus hidup. Tahun 2012 tidak lama lagi akan melabuhkan tirainya dan 2013, insyaAllah akan menjelang. Banyak benda yang perlu aku capai dan ingin capai. Aku harapkan apa yang aku rancangkan pada 2012 ini (sepanjang aku masih dalam tempoh pertapaan) akan dapat dilaksanakan secara berperingkat pada tahun depan. InsyaAllah aku akan terus berjuang dalam industri.

Pada kesempatan ini aku megucapkan berbanyak terima kasih buat kawan-kawan, ahli keluarga aku dan individu-individu yang selama ini banyak mendorong dan follow dengan perkembangan seni aku. Terima kasih semua.

Monday, 5 November 2012

Wednesday, 17 October 2012

Thursday, 11 October 2012

Taken....



I've seen this symbol in the movie that I watched yesterday....
Illustration by Kai Kasim
Adobe Photoshop Cs5 + Wacom Intous4

Tuesday, 9 October 2012

Monday, 8 October 2012

zombie...


Collaboration
Illustration By Mokhzani Mohamed Ariff a.k.a Kartunis Oren
Coloring By Kai Kasim

Saturday, 6 October 2012

Friday, 5 October 2012

Bruce Lee


Tribute to Bruce Lee
Xiaolong
Digital Art by Kai Kasim
Tool : Adobe Photoshop Cs5 + Wacom Intous 4

Monday, 1 October 2012

Sunday, 30 September 2012

Tuesday, 25 September 2012

Remember


"Remember"
Digital arts by Kai Kasim

The Society : Samurai (w.i.p)

Samurai
w.i.p

McD sekarang pun dah keluarkan samurai burger. Sana sini nak samurai sekarang ni. Aku pun nak jugak... hahahhaa. So design kat atas ni still lagi dalam progress. Sekarang ni aku take a break dulu, tuggu bila aku rajin balik dan ilham dah mari barulah aku sambung. Inipun sekadar arwork di kala bulan mengambang. Belum ada plan apa-apa lagi untuk mengkomersilkannya. Tetapi ingat nak propose kat Noh Hujan. Kut kalo dia nak, mungkin la boleh publish untuk product clothing dia. InsyaAllah. Takpun nanti... aku print dan guna untuk diri sendiri... ahakz.

Monday, 24 September 2012

The Sense


Artwork by : Kai Kasim

::::::::


Photographer: Syamime 

Lama dah tak outing, rasa rindu pla pulak nak shoot gambar awek-awek cun. hahaha... Tapi masih belum ada kesempatan. Ini pun gambar daripada my chenta, aku mintak then aku edit - saja nak melepas rindu. Dah lama gak aku tak edit gambar potraiture. Kebetulan my chenta a.k.a Mizz Mimie ada shoot potrait semalam dengan geng-geng photog dia. Dah semakin maju skill shooting dia. Arghhh, rasa cemburu lak aku dibuatnya. Tapi takpe la, bagus untuk pendedahan dia. Nanti boleh gak dia ajar aku. Kekeke. Kepada Mizz Mimie - Sayang, u did a great job... kipidap ^^,.


Saturday, 22 September 2012

His.Tory

Digital artwork
By : Kai Kasim
Tool: Adobe Photoshop & Wacom Intous4

Hey You...


Hey You...
Adobe Photoshop + Wacom Intous4


0300 a.m
Lokasi: Workspace aku (PTTC)

Ya, ... sewaktu aku post artwork ni aku masih lagi berada di ofis untuk menyiapkan beberapa pekerjaan yang harus aku siapkan secepat yang mungkin. Sunyi. Namun  aku sengaja pasang lagu-lagu daripada band Linkin Park sekuat yang mungkin bagi memecah kesunyian pada malam ini. Biarpun di bilik illustrator cuma ada aku seorang je yang stayback, tapi mujurlah ada Aswad yang menemani - berada di bilik animator sebelah je dari bilik aku.

Dalam sibuk aku pun, sempat jugak aku curi masa sikit buat conteng-conteng. Ahakz... agak lama gak aku dah tak up apa-apa artwork. Nak dikata busy sangat tu... takde la sangat kut. Cuma aku ni pemalas sikit. Hehehe.... Tapi InsyaAllah, lepas ni aku akan rajin sikit buat artwork dan update kat blog.

Ok lah, time-time gini otak aku memang dah tepu... so tak tau la nk tulis apa-apa lagi. Terima kasih la aku ucapkan kepada korang sebab sudi jenguk kat blog aku ni. Terima kasih banyak. ^^,

Sunday, 16 September 2012

Final Syndicate

 Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...
Diharap semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Agak lama jugak aku tak buat work manipulasi. Kesibukan dengan jadual kerja dan dateline membuatkan aku belum ada kelapangan untuk buat work-work manipulasi ni. Tetapi alhamdulillah, dalam kesibukan yang aku terpaksa berdepan kini, aku berjaya gak buat satu work manipulasi yang entah apa-apa entah... hahahha
Erm, terkilan gak rasanya apabila aku up kat fb, quality gambarnya drop digiler-giler. Sebelum ni tak pernah plak FB buat hal... haizzz. Hope pihak FB boleh mengatasi hal ini secepat yang mungkin.

 "Final Syndicate"
Adobe photoshop cs5
Editor: Kai Kasim

The making... hehehehe

Monday, 10 September 2012

Tribute to John Lennon


In Memories
John Winston Lennon
The Beatles
(9 October 1940 - 8 December 1980)
Adobe Photoshop Cs5

Dateline...


‎Mengejar Dateline


Workspace aku 

Gambar diambil pada hari Rabu, 5 September 2012 - 1055 p.m.

Sepanjang dua bulan ini aku dan rakan-rakan terpaksa banyakkan masa untuk stay back kat ofis. Sebolehnya kitaorg taknak terlajak dateline. Tempoh masa selama dua bulan merupakan satu cabaran bagi kitaorang. Masih banyak benda nak cover. Walaupun letih, tetapi itulah hakikatnya - Dateline kena ditepati. Mudah-mudahan projek animasi Purbawara boleh disiapkan sebelum hujung tahun ni. InsyaAllah ^^,


Friday, 31 August 2012

Merdeka



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga negara kita bertambah maju dan makmur. Kibarkanlah Jalur Gemilang sebagai tanda kecintaan kita terhadap negara.

Friday, 24 August 2012

///


Art By | Kai Kasim
Adobe Photoshop Cs5

Sunday, 19 August 2012

Salam Lebaran Aidil Fitri / 1433H | 2012


Assalammualaikum dan salam lebaran buat semua.

Alhamdulillah setelah berpuasa di bulan Ramadan akhirnya tibanya untuk kita meraikan kehadiran bulan Syawal. Agak lama rasanya blog ini dibiarkan bersarang, malah website pun aku belum ada masa untuk mengupdatekan apa-apa lagi. Hehehe... 

Maaf aku ucapkan...

Sejak beberapa bulan ini, aku terlalu sibuk untuk menstabilkan life aku yang agak kusut. Pada ruangan kali ini, biarlah aku simpan dulu cerita-cerita yang aku kira amat memedihkan atas sebab sempena bulan baik dan hari baik ini aku tidak mahu membuka aib siapa-siapa. Cukup dengan apa yang aku tanggung selama ini. Dimomokkan dengan impian kosong oleh mereka** yang aku hormati dan aku anggap sebagai teman - kononnya 200k diperoleh untuk set up studio. Projek kelas pertama la... itu ini begitu begini - tapi kesudahannya hanya konflik emosi yang hanya sekadar meraih perhatian semata-mata. Kini si loser hanya diam menyepi dan bersembunyi. Namun aku berterima kasih jugak kepada si loser itu kerana engkau ajar aku untuk berhati-hati mempercayai teman. 

Syukur kepada Yang Maha Esa, Dia lebih mengetahui dan berkuasa atas segalanya. Pada ketika aku benar-benar mengalami masalah kewangan, Allah telah temukan aku dengan Hadi dan E'one Fotoradiasi. Di mana mereka menawarkan aku untuk menjadi editor  bagi membuat custom album perkahwinan bagi client mereka. Aku cuma freelancer jer, walaupun bayaran tidaklah mahal tapi aku rasa cukup untuk menampung keperluan harian aku. Aku tiada masalah bekerja dengan mereka, kerana meraka sangat profesional. Banyak juga yang aku pelajari melalui mereka.

Setelah sebulan lebih aku bersama team Fotoradiasi, akhirnya aku diterima masuk untuk mengisi jawatan sebagai artis illustrasi dan konsep di syarikat Mayaloca Sdn. Bhd pada Jun lepas. Aku berterima kasih kepada En. Zamzami kerana atas kepercayaan beliau, aku telah diberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga Mayaloca. Bidang seni kreatif, terutamanya dalam bidang animasi adalah suatu bidang yang aku sangat minati sejak daripada dahulu lagi. Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi sekali kerana telah membuka pintu rezeki untukku. 

_________________________________________________________________________________

Mudah-mudahan jalan yang aku pilih sekarang adalah jalan yang benar. Hampir dua tahun aku bersama mereka** tapi sangat mengecewakan. Perjuangan berkumpulan tapi habuannya makan sorang-sorang dan hanya orang yang kau sayang. Walau bagaimanapun, aku doakan semoga mereka akan berjaya. Aku sangat menghormati sekiranya mereka dapat membuktikan bahawa tanggapan aku terhadap mereka adalah salah. Aku tidak nafikan mereka sangat berbakat dan berpotensi, tapi maaf... sekiranya attitude  mereka masih seperti mana aku mula mengenali mereka dan tidak berubah, sampai bila-bilapun mereka akan tetap begitu. 

InsyaAllah, pada kesempatan lain nanti aku akan ceritakan kenapa aku keluar daripada menyertai mereka**. Dan kenapa mereka gagal sedangkan mereka punya kekuatan. Namun sempena Aidil Fitri ini, aku mohon maaf kepada mereka sekiranya aku agak lantang dan aku maafkan ketidakbijaksanaan mereka yang kononnya bijak la sangat.

* RAYA 2011

Monday, 2 July 2012

Blues Hujung Minggu



Title: Unknown
Artist: Kai!
Media: Adobe Photoshop Cs5 + Wacom Intous4

Thursday, 3 May 2012

Violet


"Violet With Love"
|Special dedication to a friend|

Photo| Jzasmie Violet 
Editor| Kai Kasim 
Software| Adobe Photoshop Cs5

    Sekarang dah masuk ke bulan Mei, bermaksud 2012 sudah hampir ke setengah tahun. Namun dalam masa dua bulan ni Alhamdullilah banyak perkara yang baik-baik aku perolehi. Berbanding beberapa bulan sebelumnya aku rasa down sesangat. 
   Alhamdulillah Allah masih memberikan aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Walaupun pahit, tetapi aku hasus berani untuk menggagahi semua rintangan yang singgah menjelma.
     Apapun masalah yang melanda aku fikir adalah baik aku simpan sahaja dengan apa yang telah berlaku. Aku dah letih untuk memikirkannya. Tiada keuntungan barang sedikitpun. Apa yang aku capai pada hari inipun, atas usaha aku sendiri serta dorongan daripada mereka yang jujur dan ikhlas bersama aku. Terima kasih aku ucapkan, jasa baik kalian tidak akan aku lupa.
      Mudah-mudahan segalanya akan berjalan dengan elok, semoga Allah mempermudahkan juga dan akan  sentiasa memberikan jalan untuk aku teruskan perjuangan aku untuk mencapai cita-cita aku. Amin...
   

Thursday, 26 April 2012

Drink & Draw | Kuching Chapter

Poster by Hanie

Untuk yang pertama kalinya group ARTSYNDICATE akan mengadakan satu aktiviti "Drink & Draw" yang bertempat di Food Court, The Spring Shopping Mall pada 28 April 2012 - jam 2 ptg. Aktiviti santai ini diadakan adalah untuk sesi suai kenal dikalangan artsyndicator yang berada di Kuching di samping bersantai. Kepada warga sekitar Kuching boleh la datang untuk memeriahkan aktiviti ini. Antara mereka akan hadir ialah Hanie, Kartunis Durianz, Dan Dewa dan saya sendiri. Di harap bagi rakan-rakan yang berkesempatan untuk hadir, sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Saturday, 31 March 2012

Yuna


Yuna
Wacom Intous4 + Adobe Photoshop Cs5

Friday, 30 March 2012

Amy Search...


Tribute to Amy Search
[karikatur]
Wacom Intous4 + Adobe Photoshop5
By | Kai Kasim

Sunday, 25 March 2012

Character Design | Edan


Edan
Wacom Intous 4 + Adobe Photoshop Cs5
By| Kai Kasim

Paradoxical


Paradoxical
[Graphics Manipulation Art]
Adobe Photoshop
By | Kai Kasim

Friday, 23 March 2012

Digiskech tribute...

Special Tribute for "Papa Rock Malaysia"
Perjalanan Hidup | Ramli Sarip
Adobe Photoshop Cs5
By| Kai Kasim


Special tribute to Sifu M. Nasir
Adobe Photoshop Cs5
By | Kai Kasim



Tribute to my best friend - Ridzuan Onn 
Pahlawan Mimpi | Nidji
Adobe Photoshop Cs5
By| Kai Kasim

Maradona


Maradona
Legendary Footballer Superstar
[Digisketch]
Adobe Photoshop Cs5
By | Kai Kasim

Thursday, 22 March 2012

Logan



Logan
Wacom Intous4 + Adobe Photoshop Cs5
By | Kai Kasim


"I'm the best there is at what i do, and what i do best isn't very nice. I'm the Wolverine." 
Logan | X-men Origin: Wolverine

Monday, 19 March 2012

Sunday, 18 March 2012

Wolverine



Wolverine | X-men Origin
[Digiskecth]
Adobe Photoshop Cs5


Why is the moon so lonely? Because she used to have a lover. His name was Kuekuatsheu and they lived in the spirit world together. And every night they would wander the skies together. But... one of the other spirit was jealous. Tricker, one of the moons from south, he told Kuekuatsheu that the moon had asked for flowers. He told him to come to our world and pick some wild roses but Kuekuatsheu didn't know that once you leave the spirit world, you can never go back. And every night, he looks up in the sky and sees the moon and howls her name. But... he can never touch her again. - Wolverine | X-men Origin


"

Character Design Competition by Wonder Character Asia

Character Design Competition by Wonder Character Asia ... Yup. Aku try gak, mana la tauk rezeki la kan. Mula-mula aku hantar satu jer penyertaan. Tapi last minute idea datang, aku buat lagi satu. Tapi ntah la sempat ke tak. Aku submit by email setengah jam sebelum tarikh tutup, pada tengah malam 16 Mac. Harap-harap sempat la kut. Kepada rakan-rakan yang turut menghantar penyertaan, aku ucapkan all the best and good luck guys. Tak dilupakan juga, kepada mereka yang 'Like' work aku untuk CDC ni, aku mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan korang. Teruskan menyokong kegiatan dan hasil artwork aku, InsyaAllah aku akan buat yang terbaik.


Protagonist

Name: Rex
Code No: SCU045678
Devision : RIDEN | Kosmos Crime Enforcement Bureau
Age: 22
Gender: Male
D.O.B: 26 March
P.O.B: Kosmos Hospital
Height: 5'11" (1.80 m)
Weight: 158 lbs (71.8)

RIDEN is crime enforcement bureau in the Kosmos city. RIDEN an elite team exceptional crime prevention where the police are unable to resolve the case or the crime. Rex is part of the team RIDEN, a hot-tempered but sometimes unusual and funny behavior. Raise in an orphanage after his parent were killed in front of his own eyes by criminals when he was seven years old. Rex's fatther was also fomerly RIDEN officer



Character Name | Lang

Lang is a traveler. Each destination he stopped, he would be involved with the disaster. But all can be overcome, even though sometimes make the situation became more chaotic. Always want to be heroes. Weekness is when people praised his handsome and strong




p/s: Maaf, aku sengaja tulis deskripsinya bahasa omputeh supaya nampak international sikit... ahakz... kalo tak faham tu korang boleh bukak kamus. ^^,

Friday, 9 March 2012

Blues Nya Aku...

Blues Nya Aku
[Blues versi Kai!]
wacom intous4 + Adobe Photoshop Cs5
| Kai Kasim |

Doodle ni tribute untuk Shaari Sulong atau lebih kita kenali sebagai kartunis Aie. Aku antara orang yang mengkagumi hasil-hasil kerja kartunis Aie... antara hasil kerjanya yang superb ialah Abe, Blues Untuk Aku, Aku dan sesuatu dan banyak lagi. Stoke lukisannya jugak begitu unik.

Agak lama kartunis Aie menyepi dalam arena perkartunan Melayu. Dengar-dengar beliau sekarang terlibat dalam bidang animasi pulak. Semoga beliau sukses dengan perkerjaannya sekarang. 

Pastinya ramai yang merindui zaman kegemilangan majalah Ujang era 90-an. Di mana gabungan kartunis seperti Aie, Gayour, Duku, Bawang, Nik, Tembakau, Petai dan yang lain-lain memang mantap. Hasil kerja mereka sungguh memberi inspirasi kepada anak-anak muda seperti aku suatu masa dahulu.

Di harap chemistry seperti ini akan muncul kembali oleh bakat-bakat baru dalam menghasilkan kualiti kartun yang bermutu dan meningkatkan industri pekartunan tanah air seperti mana zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.

Thursday, 8 March 2012

Monday, 5 March 2012

Fotografik Malaysia



Fotografik Malaysia adalah page di laman Facebook yang telah diwujudkan hasil idea Kukubesi Manipulasi (KB) bagi menghimpunkan pengkarya fotografik di seluruh tanah air. Page ini jugak menjadi platform di mana pengkarya fotografik di Malaysia sudah tiba masanya untuk mendapat tempat yang sewajarnya dalam industri kreatif bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat internasional.

Sepertimana KB sendiri adalah antara polopor fotografik di Malaysia dan mempunyai pengaruh yang sangat kuat di dalam industri. Kini kerjaya dalam fotografik merupakan antara cabang kerjaya yang mempunyai prospek yang begitu luas dan bertaraf profesional. Tinggal lagi kita jarang tahu pencapaian-pencapaian yang telah mereka sumbangkan terhadap industri fotografi dan kreatif di negara ini.

Bagi aku secara personal sebenarnya kita kat Malaysia mempunyai ramai mereka yang berbakat dalam apa juga bidang terutamanya dalam bidang fotografik nih, cuma platform untuk mengetengahkan bakat mereka serta peluang untuk mereka pergi lebih jauh agak terhad. Perkara yang sama pernah aku alami, betapa aku dan rakan-rakan yang lain terpaksa struggle untuk terus survive - perjuangan harus diteruskan.

Alhamdulillah dengan adanya page Fotografik Malaysia ni bagi aku agak membantu jugak dalam meningkatkan perkembangan pengkarya fotografik tanahair. Kreadit juga untuk KB yang tidak pernah melupakan orang-orang kecil seperti kami yang ingin menyelam di lautan yang sama. 

Antara karya-karya terbaik yang terdapat di Fotografik Malaysia adalah antaranya daripada mereka yang memang dah establish jugak di dalam industri seperti Muid Latif, Zulkarnain Halil (Pecah Kepala), Maheez (Photoshop Malaya), Kabir Malek Hdr Legion, Kartunis Pandan, kengkawan seperjuangan daripada Jari Susuk Manipulation - Jake Hays, Zauqi Berapi, Chekgu Diman, Reeza Yusuf, dan Cekodok Pisang, Ismail Hj. Alli (MTB) serta ada banyak lagi. Syukur alhamdulillah gak, karya aku pun dimuatkan kat dalam tu... terima kasih aku ucapkan kat KB dan Fotografik Malaysia kerana percaya dan menghargai bakat serta hasil usaha aku selama ini. Terima kasih.

Marilah kita sokong bakat-bakat pengkarya Malaysia.

SUPPORT LOCAL!!!



Jatuh cinta lagi....


Neelofa
[Smudge Art]
By | Kai Kasim
2012