I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 7 September 2011

Cinta, Aku, Dan Chun Li

Proses pertama ialah dapatkan idea kemudian buat lakaran

Masa agak banyak terluang sekarang ni. Walaupun sedikit kusut. Tetapi aku malas nak fikirkan sangat. Walau apapun hidup mesti diteruskan. Owh ya, sebelum itu, aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mengucapkan selamat hari raya kat aku di FB, twitter, email dan sebagainya. Terima kasih jugak kerana sudi datang beraya kat rumah aku. Erm, buat masa sekarang ni aku belum ada perancangan besar. Tetapi aku berkira-kira nak lukis komik. Sebab aku pernah bercadang nak lukis komik dan berjuang bersama rakan-rakan yang lain. Tetapi sebelum itu, aku kena asah balik skill drawing aku yang agak lama aku tinggalkan. 

Selepas buat lakaran, proses buat lineart dan cleanning dimulai.

Pada masa yang sama aku masih tercari-cari tema yang sesuai untuk komik yang bakal aku hasilkan nanti. Idea sudah ada, tapi bukan senang untuk aku buat skrip. Itulah kelemahan aku - menulis. Skrip kena mantap supaya plotnya berkembang dan pembaca seronok mengikuti dan membaca komik tersebut. Itulah cabaran untuk aku pada masa ini. Mesti ada 'story/cerita' dan 'script/skrip'.

Lineart selesai

Aku kene rajin sedikit   ... bukan, tapi banyak-banyak rajin  sekiranya nak involve dalam bidang ini. Sampai bila je kan aku hanya jadi penonton di tepian gelanggang sedangkan kawan-kawan yang lain beraksi ligat berpencak dalam industri. Ini yang aku betul-betul nak buat sekarang. InsyaAllah. Mudah-mudahan diberikan kelancaran untuk usaha ini. Dulu motivasi aku down sikit oleh sebab-sebab tertentu. Tetapi Alhamdulillah atas dorongan kawan-kawan, aku nak mula balik hasrat dan perancangan nak buat komik ni. 

Proses toning dan shading sebelum proses mengaler dijalankan. 

Cinta aku terhadap dunia komik memang sejak dari kecil lagi.  Tak dapat dipisahkan. Aku membesar dengan karekter-karekter komik superhero seperti superman, batman dan spiderman. Pada masa itu Cicakman masih belum wujud ... ahakz. Pengaruh daripada saudara-saudara aku jugak begitu kuat kerana mereka juga mempunyai minat yang sama. So berlaku la exchange komik di antara kami pada masa itu. Ada juga komik yang aku dapat, hadiah daripada diaorang .. time diorang holiday kat memane je... kalau nak diikutkan banyak dah koleksi komik aku. Tapi banyak jugak yang dah takde,... ade yang pinjam tapi tak pulangkan balik. Buat reta sendiri, memang ramai. Okey la, jenuh aku nak taip panjang-panjang. Anyway, ini adalah proses sketch aku buat karekter Chun Li. Ntah la, apsal la aku minat sangat lukis Chun Li ni. Ahakz... sebab dia cunnnn kut. ^_^. Work ini masih dalam progress. Pada yang akan datang ni, aku akan post versi yang berkaler pulak.

Wish me luck to break into industri ^_^

No comments: