I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 25 September 2011

Pegasus Saint Seiya CRB #146

Title: PSS v.X
Media: Adobe Photoshop CS5 + Wacom Intous4


Untuk CRB pada kali ini, aku mengambil masa seminggu jugak nak siapkan work kat atas. Atas kesibukan dengan urusan yang lain, jadi apabila ada masa terluang itulah aku gunakan untuk menyiapkan artwork ini. Sebenarnya aku masih tak berpuas hati dengan hasilnya. Masih banyak kelemahan yang harus aku perbaiki. Aku menyertai CRB ini pun adalah sebagai latihan untuk aku sendiri jugak. Bak kata orang practise make perfect. Aku harap suatu hari nanti, aku boleh achive ke tahap yang aku nak. Semoga berhasil... gambatte ^__^

Wednesday, 21 September 2011

We Are The Boss

Title: We Are The Boss
Duration: Naa.. i don't know ^_^
Media: Adobe Photoshop Cs5 + Wacom Intous4

Monday, 19 September 2011

Bruce Lee Fan Art

Title: Bruce Lee 
Duration: 1 hour 13 minutes
Media: Adobe Photoshop Cs5 + Wacom Intous4


What if...?



Dalam kehidupan ini terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan kita. Ada ketikanya kita sendiri sukar untuk mengertikan dan sukar untuk mentafsirkannya. Walau bagaimanapun, kehidupan tetap diteruskan tanpa ada rasa untuk menyerah dan kecewa. Hanya dengan keberanian mimpi akan lebih bermakna.

"What if... ?" adalah sebuah filem pendek eksperimental daripada seorang sahabat aku iaitu - Rumput Yang Hijau. Dia merupakan seorang videographer dan editor yang berbakat. Kami bergerak di bawah satu bumbung yang sama itu di Akureka. Untuk menyaksikan ebih banyak lagi video eksperimental daripada RYH, anda boleh ke syedB youtube channel.

Sunday, 18 September 2011

Lagenda Mansur Todak

Mansur Todak
Keturunan Lanun Yang Paling Brutal Di Pantai Kronik!


Durasi: 20 Minit
Media: Photoshop Cs5 + Wacom Intous4
Mansur Todak adalah karektor daripada Majalah Apo? 2011..


Wednesday, 14 September 2011

Apa Yang Aku Cari?

Merenung nasib...

Quick skecth
Title: Apa Yang Aku Cari?
Duration: 7 minutes
Media: Adobe Photoshop Cs5 + Wacom Intous4

Wacom Cintiq 24HD



Aku pernah buat review tentang  Wacom Inkling tak lame dahulu. Sekarang ni Wacom Cintiq pula mengeluarkan model baru iaitu Wacom Cintiq 24HD. Satu lagi mimpi basah buat penggemar wacom kerana rekabentuknya yang eklusif dan seksi. ^_^

Apa yang BEST sangat Cintiq 24HD ni?

Cintiq 24HD yang didirikan dan direka secara ergonomik  membolehkan anda cepat untuk menyesuaikan diri.  Bingkai yang mengelilingi paparan menyediakan tempat berehat untuk lengan dan tangan yang membolehkan anda untuk berehat dan bekerja dengan cara yang tradisonal. Dengan 24 paparan inci, warna gamut besar dan sudut tontonan yang lebih  luas memang sesuai kerja-kerja critical-color. Ciri-ciri ergonomik Cintiq 24HD menjamin keselesaan dan produktiviti kepada pengguna. 

Mempunyai paparan 1920 x 1200 HD dengan sudut pandangan 170 darjah dan 16:10 aspet ratio, Cintiq 24HD membolehkan anda melihat keindahan hasil kerja anda. Cintiq 24HD mengintergrasikan teknologi pen wacom yang paling canggih, mampu mengesan 2048 tahap tekanan pen dan 40 darjah kecondongan, yang memberikan anda kawalan yang sensitif dan lebih tepat.

Cintiq 24HD menggabungkan banyak  ciri-ciri produktiviti  untuk membantu anda melakukan pekerjaan anda dengan cepat dan baik. Touch Ring yang diletakkan di atas kedua-dua belah paparan seperti fungsi zoom,scrolling dan mengubah saiz berus boleh disesuaikan mengikut kehendak anda dan ini lebih menjimatkan masa. 

WACOM CINTIQ 25HD


Active Area
20.41 x 12.8in (518.4 x 324.0mm)
Color
Black
Compatibility
Windows 7 / Vista / Vista x64 / XP / XP x64 / Mac OX X 10.5 or greater
Data Port
USB
Display Adapters Included
DVI-I to VGA
Display Connector
DVI-I, DisplayPort
Graphics Input
Analog RGB, digital DVI, DisplayPort
Physical Size
30.29 x 18.26 x 2.5in. (769.3 x 463.74 x 64mm)
Power Supply Input
100-240 VAC 50-60 Hz
Power Supply Output
24 VDC 5.0A (max)
Pressure Levels
2048 on pen tip and eraser
Stand Adjustability
Arm: 2° to 77°, Range: 75° Display: 88° to 165°, Range: 163°
Warranty
2 years (USA/Canada)
Weight
63.8lbs. with stand (29.0kg)




Sumber: Wacom America

Saturday, 10 September 2011

Jangan Serius Sangat!!!

Joker Dark Knight | Digital Artwork
Adobe Photoshop Cs5 + Wacom Intous4

Akhirnya siap jugak...

Sejak kebelakangan ini aku dah start melukis balik. Banyakkan praktis, untuk misi dan visi. ahakz.... Sebagai modus operandi pertama ialah aku joins battle kat  Pergh.com . Sekarang ni tengah dok battle redesign salah satu character dalam siri anime Death Note ... Re: Character Redesign Battle 145 : Misa Amane


Linework drawing aku nih...

Misa Omm Ar

Terlalu jauh lari daripada character asal, takpe la kut. Sebab dah nama redesign kan... ahakz. Tapi masih banyak lagi yang aku perlu perbaiki dan pelajari. Slow-slow... InsyaAllah, boleh buat. 

Wednesday, 7 September 2011

Cinta, Aku, Dan Chun Li

Proses pertama ialah dapatkan idea kemudian buat lakaran

Masa agak banyak terluang sekarang ni. Walaupun sedikit kusut. Tetapi aku malas nak fikirkan sangat. Walau apapun hidup mesti diteruskan. Owh ya, sebelum itu, aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mengucapkan selamat hari raya kat aku di FB, twitter, email dan sebagainya. Terima kasih jugak kerana sudi datang beraya kat rumah aku. Erm, buat masa sekarang ni aku belum ada perancangan besar. Tetapi aku berkira-kira nak lukis komik. Sebab aku pernah bercadang nak lukis komik dan berjuang bersama rakan-rakan yang lain. Tetapi sebelum itu, aku kena asah balik skill drawing aku yang agak lama aku tinggalkan. 

Selepas buat lakaran, proses buat lineart dan cleanning dimulai.

Pada masa yang sama aku masih tercari-cari tema yang sesuai untuk komik yang bakal aku hasilkan nanti. Idea sudah ada, tapi bukan senang untuk aku buat skrip. Itulah kelemahan aku - menulis. Skrip kena mantap supaya plotnya berkembang dan pembaca seronok mengikuti dan membaca komik tersebut. Itulah cabaran untuk aku pada masa ini. Mesti ada 'story/cerita' dan 'script/skrip'.

Lineart selesai

Aku kene rajin sedikit   ... bukan, tapi banyak-banyak rajin  sekiranya nak involve dalam bidang ini. Sampai bila je kan aku hanya jadi penonton di tepian gelanggang sedangkan kawan-kawan yang lain beraksi ligat berpencak dalam industri. Ini yang aku betul-betul nak buat sekarang. InsyaAllah. Mudah-mudahan diberikan kelancaran untuk usaha ini. Dulu motivasi aku down sikit oleh sebab-sebab tertentu. Tetapi Alhamdulillah atas dorongan kawan-kawan, aku nak mula balik hasrat dan perancangan nak buat komik ni. 

Proses toning dan shading sebelum proses mengaler dijalankan. 

Cinta aku terhadap dunia komik memang sejak dari kecil lagi.  Tak dapat dipisahkan. Aku membesar dengan karekter-karekter komik superhero seperti superman, batman dan spiderman. Pada masa itu Cicakman masih belum wujud ... ahakz. Pengaruh daripada saudara-saudara aku jugak begitu kuat kerana mereka juga mempunyai minat yang sama. So berlaku la exchange komik di antara kami pada masa itu. Ada juga komik yang aku dapat, hadiah daripada diaorang .. time diorang holiday kat memane je... kalau nak diikutkan banyak dah koleksi komik aku. Tapi banyak jugak yang dah takde,... ade yang pinjam tapi tak pulangkan balik. Buat reta sendiri, memang ramai. Okey la, jenuh aku nak taip panjang-panjang. Anyway, ini adalah proses sketch aku buat karekter Chun Li. Ntah la, apsal la aku minat sangat lukis Chun Li ni. Ahakz... sebab dia cunnnn kut. ^_^. Work ini masih dalam progress. Pada yang akan datang ni, aku akan post versi yang berkaler pulak.

Wish me luck to break into industri ^_^