I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 24 August 2011

Preview Komik Andika: Neosantara Saga

Pada 14 Ogos 2011 yang lalu aku pernah tulis tentang Preview Komik Andika: Neosantara Saga di laman blog aku yang lagi satu. Tapi aku tergerak pulak nak letak di page sini supaya pembaca yang berkunjung ke blog aku ni boleh baca preview tentang komik yang awesome hasil karya brader Nanzo


Semalam ketika sinar mentari pagi yang memancar siang, beburung terbang berkicauan. Redup pohon dikejauhan. Pintu rumah aku diketuk oleh abang posman yang segak bergaya. Ntah puasa ntah tidak. hahaha... Satu envelope besar aku terima. Aku belek ke bahagian belakang envelope tersebut untuk mengetahui siapa pengirimnya, rupa-rupanya kiriman daripada Nanzowork Studio. Aku dah dapat agak apa isi kandungan envelope tersebut kalau bukan  komik terbaru daripada Brader Nanzo - Andika: Neosantara Saga. Terima kasih brader Nanzo. ^_^

Sudah lama aku tunggu Komik Andika ini diterbitkan. Aku percaya akan kemampuan Nanzo untuk menghasilkan sebuah komik epik yang bagus. Andika adalah salah satu tajuk komik yang memenangi geran  pembiayaan kreatif IPCC ( Intellectual Property Creative Content) 2009 yang dianjurkan oleh  MDEC, MSC dan MAC3. 


Sinopsis



Komik ini mengisahkan tentang seorang budak (native boys) bernama Adika - mencari sesuatu yang besar dalam hidupnya namun terhalang oleh peraturan dan adat yang ketat di kampungnya. Hidupnya berubah apabila dia telah menyelamatkan seorang puteri (Mulan) daripada seekor raksaksa. Oleh itu Mulan telah membawanya ke istana. Di situ Andika berasakan dia telah mendapat layanan yang sangat istimewa berbanding di kampungnya. Sebenarnya Andika tidak pernah tahu bahawa penduduk kampungnya mempunyai peraturan yang sangat ketat kerana bersebab. Suatu ketika dahulu terdapat satu kapak yang sakti dan kuat - Benta Genggara. Kapak ini amat ditakuti oleh iblis dan raksaksa yang muncul ke alam manusia.

Kononnya kapak ini bukan buatan manusia dan telah wujud sejak zaman berzaman lampaunya. Kapak tersebut telah menewaskan 3 iblis besar. Ayahanda kepada Puteri Mulan iaitu Sultan Sang Sri Rujana mempunyai perancangan yang tidak baik terhadap Andika dengan menggunakan daya tarikan puterinya untuk merampas kapak tersebut. 3 iblis besar itu sentiasa menunggu kapak itu jatuh ke tangan yang lain dan ini membuatkan mereka bebas ke dunia manusia lagi.




Spesifikasi Komik ini :
*Size A5
*Full Color
*52 muka surat (art matt paper/ tebal)
*Genre: Fantasi, Drama dan Aksi.
*Harga - RM15 + RM6 (Pos)
*Edisi Terhad / Limited Edition


Okey... setakat ni jer preview aku tentang Komik Andika: Neosantara Saga. Buat peminat dan pengumpul komik terutama komik tempatan, aku memang rekemen sangat-sangat korang beli sebab komik ni memang berbaloi giler. Kepada brader Nanzo, aku doakan semoga teruskan berkarya dan keep its up the marvellous works. Good luck and all the best bro!!!


Terbaekkk...dapat exlusive signature daripada Nanzo ^_^


Sumber: copy & paste daripada blog lame aku artsyndicate.blogspot.com

No comments: