I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 22 August 2011

P R O L O G U E


Assalam dan salam sejahtera ...

Alhamdullilah dan aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan kudrat dan nafas untuk meneruskan perjuangan dan perjalanan hari-hariku. Untuk makluman rakan-rakan, ini merupakan laman blog rasmi aku sekarang dan sebarang kerja-kerja seni, kerja-kerja fotografi dan jurnal tentang diri aku akan aku update di sini. Beberapa work aku yang pernah aku post di laman blog lame aku di artsyndicate.blogspot.com, aku akan repost balik di sini. 

Pasti ada yang bertanyakan kenapa aku buat blog ni dan kenapa perlu ada banyak laman blog?. 

Sebenarnya aku takde banyak laman blog, cuma aku buat laman blog baru ini supaya lebih proper. Kat sini aku  akan post apa-apa sahaja tentang kerja dan perjalanan hidup aku terutamanya dalam industri. Untuk laman blog yang lama pulak aku akan update apabila ada post yang berkaitan sahaja. Segalanya akan diupdate kat sini. Namun buat masa ini aku belum bercadang untuk deactivate akaun blog yang lama buat masa ini.

Bagi rakan-rakan yang pernah follow aku di laman blog lama, aku harap korang boleh la jugak beri sokongan dan follow kat blog ni. Kepada rakan-rakan yang akan dan sudahpun follow blog ini, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kat korang.

Akhir kata daripada aku untuk 'P R O L O G U E' ni, terima kasih aku ucapkan kerana sudi singgah ke laman blog rasmi aku kaikasim.blogspot.com. Terima kasih jugak atas sokongan korang. Korang memang 'terbaeeekkkk'.. ^_^

KK!

No comments: