I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 31 August 2011

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54

Jalur Gemilang

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 


Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara. 


Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.
Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh. 


Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden. 


Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.


Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.


Sumber: Arkib Negara


Iklan Kemerdekaan daripada Digi.

Tuesday, 30 August 2011

Inkling Racun Terkini Penggemar Wacom


Inkling


Pena Inkling wacom berupaya capture kesamaan hasil lakaran anda melalui hujung ballpoint pada mana-mana buku lakaran atau sekeping kertas yang standard. Direka untuk rough concepting dan creative brainstorming. Inkling wacom sesuai untuk kerja-kerja awal bagi proses kreatif. Kemudian anda boleh membaiki kerja-kerja anda dengan tablet intous4 atau Cintiq. 

Di samping dapat capture lakaran anda, strok ke strok, inkling membolehkan anda untuk membuat lapisan (layer) dalam fail digital manakala anda melakar di atas kertas. Fail digital dipindahkan ke komputer anda menggunakan perisian Inkling Sketch Manager dan kemudiannya dieksport ke aplikasi seperti Adobe Photoshop dan Illustator. Fail juga boleh dibuka dengan perisian Inkling Sketch Manager untuk mengedit, memadam (delete), menambah Lapisan (layer), dan perubahan format fail.

Alatan yang disertakan :

*Inkling Digital Pen
*Rechargeable Pen battery
*Pen ink cartridge
*Charging Case
*Receiver
*Rechargeable Receiver Battery
*USB cable
*Spare pen ink cartridges (4)
*Inkling Sketch Manager Application (located on the Inkling receiver)
*Quick Start Guide and electronic User’s Manual

System Requirements
*Windows 7, Vista or XP (SP3, 32 or 64 bit versions),
*Mac OS 10.4.0 (or later)

Inkling Wacom sesuai dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Salam Aidilfitri 2011 | 1432H


Assalammualaikum...

Alhamdullilah setelah sebulan berpuasa akhirnya kita meraikan ketibaan Aidilfitri sekali lagi pada tahun ini. Seperti tahun-tahun lepas persiapan raya aku cuma ala kadar aje. Cukuplah bersederhana. Lainlah zaman gemilang ketika usia kanak-kanak dahulu - raya sakan yang amat. Apatah lagi dengan duit rayanya, cukup seronok. Ahakz. Tapi sekarang, siapalah nak bagi duit raya kat aku yang besar bagak ni?... Uhuuu...

Pada kesempatan ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin terutama kepada mak dan bapak aku serta ahli keluarga aku, Geng-geng kacang hantu yang satu sekolah dulu di SMK Tun Abg Haji Openg, Geng-geng serta tenaga pengajar time aku study mass-comm dulu kat Kolej Chermai Jaya sesi 03/04, Geng-geng serta tenaga pengajar di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Unimas... Big Boss aku time praktikal di Two Tone, Cyberjaya - En. Amru Najmi, Geng-geng kat MdeC, MSC dan MAC3... Geng-geng photographer, geng-geng kartunis dan pelukis komik tanah air, Apo Troopers...  cikgu-cikgu di Central Market... Mentor-mentor, sifu-sifu, otai-otai, abang long dan ayahanda dalam bidang kreatif, terima kasih juga aku ucapkan.

Tidak dilupakan kepada awek-awek, skendel-skendel, dan rakan-rakan blogger (terutama yg pernah follow blog lame aku), rakan-rakan FB, geng-geng kat Devianarts dan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri aku. Selamat hari raya.

Last but not least kepada team akureka - Onn, Rudy, Bilal dan Pairus... pada kesempatan tok aku nak mintak maaf dan ampun sekiranya ada tutur bicara dan tinggkah laku aku yang menyinggung perasaan ktk org bait disengaja atau sik sengaja. Mintak halal mun ada termakan, terminum, terpakey or hutang piutang aku ngan ktk org.. hehehe... InsyaAllah, kita bangunkan bersama Akureka seperti apa yang kita impikan selamak tok. Terima kasih sebab terimak aku sebahagian daripada team members. Terbaeekkk !!! ^__^

Sunday, 28 August 2011

Malek KL Gangster tribute


Ini merupakan hasil photo manipulasi dan editing aku tribute khas untuk karekter Malek - lakonan Aaron Aziz. Aku suka sangat karekter Malek dan adik dia - Jai. Tahniah aku ucapkan kepada Shamsul Yusuf dan Skop Production kerani berani menampilkan genre filem seperti ini. Buktinya filem KL Gangster telah mencapai kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman di Malaysia sekarang. Suatu perkembangan yang baik untuk industri filem tanah air. Editing ini aku buat suka-suka jer, tapi alhamdulillah ramai yang suka. Dan menjadi gambar profile untuk page Malek dan page Lu Kasi Gua Mati Dulu Lah Bru Gua Diam~~ di Facebook. Terima kasih aku ucapkan. 

Life is all about...


Saturday, 27 August 2011

Photo Editing Contest By Eien Razak & Dayah Jelita


Photo Editing Contest By Eien Razak & Dayah Jelita

Ini merupakan first time KK joins photo editing contest interblogger. Contest ini dianjurkan dua gadis comel lagi cun iaitu Eien Razak dan Dayah Jelita. Nampak gayanya ramai gak yang joins contest ni... namun bukanlah kemenangan yang KK harapkan, cuma sesaje nak participate memeriahkan majlis. Untuk contest ni KK mempertaruhkan gambar seorang model tersohor  yang pernah mewarnai arena permodelan antarabangsa suatu masa dahulu. Menjadi ikon wanita cemerlang, gemilang dan terbilang. Hehehe...

Model yang KK maksudkan ialah... tenggg.. tengg... tenggg....

 Proses sebelum dan selepas editing


Yearghhh.... inilah gambar nenek tersayang KK. Walaupun sudah berusia lewat 80-an, tapi nenek tetap kuat melayan kerenah anak-anak dan cucunya setelah pemergian arwah atuk 12 tahun lalu. Raya pun dah dekat, selalunya pada hari raya pertama memang kitaorang akan berkumpul di rumah nenek. Nenek la insan yang paling happy bila melihat semua anak dan cucunya berkumpul. Adehhh.. touching la pulak. Nenek juga banyak memberi inspirasi kepada karya-karya KK. 

KK tak kisah sekiranya KK tak menang pun contest ni, macam yang KK mention pada awal tadi la.. penyertaan KK cuma untuk memeriahkan lagi contest tersebut dan sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan lain yang participate sama contest ni. ^__^


 
Nenek

Wednesday, 24 August 2011

Preview Komik Andika: Neosantara Saga

Pada 14 Ogos 2011 yang lalu aku pernah tulis tentang Preview Komik Andika: Neosantara Saga di laman blog aku yang lagi satu. Tapi aku tergerak pulak nak letak di page sini supaya pembaca yang berkunjung ke blog aku ni boleh baca preview tentang komik yang awesome hasil karya brader Nanzo


Semalam ketika sinar mentari pagi yang memancar siang, beburung terbang berkicauan. Redup pohon dikejauhan. Pintu rumah aku diketuk oleh abang posman yang segak bergaya. Ntah puasa ntah tidak. hahaha... Satu envelope besar aku terima. Aku belek ke bahagian belakang envelope tersebut untuk mengetahui siapa pengirimnya, rupa-rupanya kiriman daripada Nanzowork Studio. Aku dah dapat agak apa isi kandungan envelope tersebut kalau bukan  komik terbaru daripada Brader Nanzo - Andika: Neosantara Saga. Terima kasih brader Nanzo. ^_^

Sudah lama aku tunggu Komik Andika ini diterbitkan. Aku percaya akan kemampuan Nanzo untuk menghasilkan sebuah komik epik yang bagus. Andika adalah salah satu tajuk komik yang memenangi geran  pembiayaan kreatif IPCC ( Intellectual Property Creative Content) 2009 yang dianjurkan oleh  MDEC, MSC dan MAC3. 


Sinopsis



Komik ini mengisahkan tentang seorang budak (native boys) bernama Adika - mencari sesuatu yang besar dalam hidupnya namun terhalang oleh peraturan dan adat yang ketat di kampungnya. Hidupnya berubah apabila dia telah menyelamatkan seorang puteri (Mulan) daripada seekor raksaksa. Oleh itu Mulan telah membawanya ke istana. Di situ Andika berasakan dia telah mendapat layanan yang sangat istimewa berbanding di kampungnya. Sebenarnya Andika tidak pernah tahu bahawa penduduk kampungnya mempunyai peraturan yang sangat ketat kerana bersebab. Suatu ketika dahulu terdapat satu kapak yang sakti dan kuat - Benta Genggara. Kapak ini amat ditakuti oleh iblis dan raksaksa yang muncul ke alam manusia.

Kononnya kapak ini bukan buatan manusia dan telah wujud sejak zaman berzaman lampaunya. Kapak tersebut telah menewaskan 3 iblis besar. Ayahanda kepada Puteri Mulan iaitu Sultan Sang Sri Rujana mempunyai perancangan yang tidak baik terhadap Andika dengan menggunakan daya tarikan puterinya untuk merampas kapak tersebut. 3 iblis besar itu sentiasa menunggu kapak itu jatuh ke tangan yang lain dan ini membuatkan mereka bebas ke dunia manusia lagi.




Spesifikasi Komik ini :
*Size A5
*Full Color
*52 muka surat (art matt paper/ tebal)
*Genre: Fantasi, Drama dan Aksi.
*Harga - RM15 + RM6 (Pos)
*Edisi Terhad / Limited Edition


Okey... setakat ni jer preview aku tentang Komik Andika: Neosantara Saga. Buat peminat dan pengumpul komik terutama komik tempatan, aku memang rekemen sangat-sangat korang beli sebab komik ni memang berbaloi giler. Kepada brader Nanzo, aku doakan semoga teruskan berkarya dan keep its up the marvellous works. Good luck and all the best bro!!!


Terbaekkk...dapat exlusive signature daripada Nanzo ^_^


Sumber: copy & paste daripada blog lame aku artsyndicate.blogspot.com

Monday, 22 August 2011

P R O L O G U E


Assalam dan salam sejahtera ...

Alhamdullilah dan aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan kudrat dan nafas untuk meneruskan perjuangan dan perjalanan hari-hariku. Untuk makluman rakan-rakan, ini merupakan laman blog rasmi aku sekarang dan sebarang kerja-kerja seni, kerja-kerja fotografi dan jurnal tentang diri aku akan aku update di sini. Beberapa work aku yang pernah aku post di laman blog lame aku di artsyndicate.blogspot.com, aku akan repost balik di sini. 

Pasti ada yang bertanyakan kenapa aku buat blog ni dan kenapa perlu ada banyak laman blog?. 

Sebenarnya aku takde banyak laman blog, cuma aku buat laman blog baru ini supaya lebih proper. Kat sini aku  akan post apa-apa sahaja tentang kerja dan perjalanan hidup aku terutamanya dalam industri. Untuk laman blog yang lama pulak aku akan update apabila ada post yang berkaitan sahaja. Segalanya akan diupdate kat sini. Namun buat masa ini aku belum bercadang untuk deactivate akaun blog yang lama buat masa ini.

Bagi rakan-rakan yang pernah follow aku di laman blog lama, aku harap korang boleh la jugak beri sokongan dan follow kat blog ni. Kepada rakan-rakan yang akan dan sudahpun follow blog ini, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kat korang.

Akhir kata daripada aku untuk 'P R O L O G U E' ni, terima kasih aku ucapkan kerana sudi singgah ke laman blog rasmi aku kaikasim.blogspot.com. Terima kasih jugak atas sokongan korang. Korang memang 'terbaeeekkkk'.. ^_^

KK!