I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 26 October 2011

Ultra Qalif Fan Art

Title: Ultra Qalif (Fan Art)
Original Character by Bop Hairi
Publish by Komik-M (PTS)
Tool: Adobe Photoshop Cs5 + Wacom Intous4

Akhirnya hasrat aku nak melukis Ultra Qalif (Fan Art) telah terlaksana. Aku nak ucapkan terima kasih jugak kepada pelukis asal Ultra Qalif iaitu Bop Hairi (kalau korang pernah tengok kat Youtube video iKLan Gangster, yang jadi 'Shark' tu .. itulah Bop - jangan main-main, gangster tuuu.. ahakz). Ultra Qalif charecter komik local yang cool bagi aku. Pengalaman Bop yang agak lama juga dalam penghasilan kartun dan komik membuatkan Ultra Qalif mempunyai kelainan dan auranya tersendiri. Ketulusan Bop sebagai seorang pelukis komik juga harus dipuji, kerana ketulusannya itulah dia berupaya menghasilkan komik superhero yang awesome ni. Aku harap Bop akan sentiasa berkarya dan menghasilkan komik-komik yang mantap. Aku juga berharap supaya akan ramai lagi pelukis komik tempatan mampu menghasilkan komik yang bagus dan berkualiti. Jom kita sama-sama memeriahkan dan support kepada local comics scene. Yearghhhh!!!

Terbaekkkk ^^,

Tuesday, 25 October 2011

McDonno

Title : McDonno
CRB#151 Ronald McDonald
Duration: 1 and half hour
Tool: Adope Photoshop Cs5 + Wacom Intous4

Saturday, 15 October 2011

Character Redesign Battle #149 TUAN WUJIAN (JUARA WIRA)

Title : Tuan Wujian (Kai's Version)
Media: Adobe Photoshop Cs5 + Wacom Intous4

Friday, 7 October 2011

CRB #148 DEADPOOL

Title: Deadpool 
Media: Adobe Photoshop Cs5 + Wacom Intous4

Wednesday, 5 October 2011

Wacom Tablet Untuk Di Jual

Wacom tablet untuk dijual dengan harga yang terbaik


INTOUS
Intous4 (4"x6"small)=RM859, (6"x9"medium)=RM1357, (8"x13"large)=RM1700, & (12"x19"Xlarge)=RM2859 harga terbaik in package multi use pen stand with 10 replacement nibs, bundle software adobe photoshop elements, coral painter sketch pad, autodesk sketchbook expressm, nik color efex pro and wacom brushes

CINTIQ
Cintiq 12WX RM4,550 (12.1" TFT LCD, WXGA, color digitizer w/rotation stand, grip pen & pen stand, bundle software: adobe photoshop elements & coral painter essesntials) & Cintiq 21UX RM9, 000 (21.3" UXGA w/16.77 milli. color ditizer w/rotation stand, intous3 grip pen & pen stand.


BAMBOO brand there had 4 series thats you can choose

1. Bamboo (pen & touch)= RM400 (tablet size 4"x6", black color, pen & touch, 1024 level of pressure sensitivity, touch is 2-fingger touch, 4 tablet button, square-shaped pen eraser, software: adobe phoshop element 6, ink squared deluxe.

2. Bamboo Fun (Pen & touch) = RM700 (tablet size 6"x9", silver color, pen & touch, 1024 level of pressure sesensitivity, touch is 2-finger touch, 4 tablet button, square -shaped pen eraser, software: Carcol painter essential 4, adobe photoshop element 6.

3. Bamboo Pen = RM290 (tablet size 4"x6", black color, PEN ONLY, 512 level of pressure sensitivity, NO ttablet buttons, No Pen ereaser, Software: ArtRage 2.5 

4. Bamboo touch = RM190 (tablet size 4"x6", balack color, TOUCH ONLY, 4 customizable tablet button, software: Driver CD Only.



Kepada yang berminat untuk membeli produk ini, anda bolehlah menghubungi ;-


* Cik Juliana  | 019-3132907 / 0136294393 (Dealer utama)


*Kai Kasim | 010 9788418 (tempahan untuk Sabah dan Sarawak)

Apabila dah takde menda nak dibuat.. hehehe

Title: Whatever!
Duration: 2 hour (lazy work.. ^_^ )
Media: Adobe Photoshop Cs5 + Wacom Intous4


Hmmm... masih belum tido lagi nih, jam dah nk pukul 4 pagi. Malam ni aku rasa malas pulak. Tak tau nak buat apa. Kat luar sejak dari Maghrib tadi sejuk dan hujan. Tapi sekarang dah renyai-renyai dah. Orang lain pasti dah syok tidur. Tapi mata masih belum dapat lelap. 

Dalam kepekatan malam dan dalam tak tahu nk buat menda tu, aku start buat sketching ntah ape-ape ntah aku sendiripun tak pasti, aleh2 jadi otromen pulak. Ahaks...

Buat masa sekarang ni aku kena banyak praktis melukis. Kene buat setiap hari supaya aku dapat strok lukisan yang benar-benar aku nak. =_='

Ermm... kebelakangan ni aku tetiba rasa aku minat pada aktiviti paranormal la .. tengg... tenggg... teenggg... 

Tuesday, 4 October 2011

Lim Tat ...

Title: Lim Tat (Apo?)
Media: Adobe Photoshop Cs5 + Wacom Intous4

Monday, 3 October 2011

Hye... My Name Is Kai!

Title: Hye... My Name Is Kai!
Media: Adobe Photoshop Cs5 + Wacom Intous4


Buat masa sekarang aku telah membuat beberapa eksperimentasi stroke untuk drawing aku. Aku cuba untuk lari sedekit daripada stroke yang realistik dan sekarang aku lebih berminat untuk explore stroke2 lukisan yang lebih ke arah animatik. Simple tapi nice. Harap-harap aku boleh achive stoke drawing yang aku nak... InsyaAllah ^_^

Saturday, 1 October 2011

Korra The Avatar Character Redesign

Title: Korra
Media: Adobe Photoshop CS5 + Wacom Intous4

Dulu aku minat giler kat siri animasi Avatar ni. Tapi sebab dah lama tak follow, so minat tu dah jadi gitu-gitu aje. Apabila mods Pergh.com bukak battle untuk redesign karekter Korra ni, aku sedikit excited jugak. Anyway ini aje yang mampu aku hasilkan. InsyaAllah pada yang akan datang, aku akan buat yang lebih terbaik lagi. 

Sunday, 25 September 2011

Pegasus Saint Seiya CRB #146

Title: PSS v.X
Media: Adobe Photoshop CS5 + Wacom Intous4


Untuk CRB pada kali ini, aku mengambil masa seminggu jugak nak siapkan work kat atas. Atas kesibukan dengan urusan yang lain, jadi apabila ada masa terluang itulah aku gunakan untuk menyiapkan artwork ini. Sebenarnya aku masih tak berpuas hati dengan hasilnya. Masih banyak kelemahan yang harus aku perbaiki. Aku menyertai CRB ini pun adalah sebagai latihan untuk aku sendiri jugak. Bak kata orang practise make perfect. Aku harap suatu hari nanti, aku boleh achive ke tahap yang aku nak. Semoga berhasil... gambatte ^__^

Wednesday, 21 September 2011

We Are The Boss

Title: We Are The Boss
Duration: Naa.. i don't know ^_^
Media: Adobe Photoshop Cs5 + Wacom Intous4

Monday, 19 September 2011

Bruce Lee Fan Art

Title: Bruce Lee 
Duration: 1 hour 13 minutes
Media: Adobe Photoshop Cs5 + Wacom Intous4


What if...?



Dalam kehidupan ini terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan kita. Ada ketikanya kita sendiri sukar untuk mengertikan dan sukar untuk mentafsirkannya. Walau bagaimanapun, kehidupan tetap diteruskan tanpa ada rasa untuk menyerah dan kecewa. Hanya dengan keberanian mimpi akan lebih bermakna.

"What if... ?" adalah sebuah filem pendek eksperimental daripada seorang sahabat aku iaitu - Rumput Yang Hijau. Dia merupakan seorang videographer dan editor yang berbakat. Kami bergerak di bawah satu bumbung yang sama itu di Akureka. Untuk menyaksikan ebih banyak lagi video eksperimental daripada RYH, anda boleh ke syedB youtube channel.

Sunday, 18 September 2011

Lagenda Mansur Todak

Mansur Todak
Keturunan Lanun Yang Paling Brutal Di Pantai Kronik!


Durasi: 20 Minit
Media: Photoshop Cs5 + Wacom Intous4
Mansur Todak adalah karektor daripada Majalah Apo? 2011..


Wednesday, 14 September 2011

Apa Yang Aku Cari?

Merenung nasib...

Quick skecth
Title: Apa Yang Aku Cari?
Duration: 7 minutes
Media: Adobe Photoshop Cs5 + Wacom Intous4

Wacom Cintiq 24HD



Aku pernah buat review tentang  Wacom Inkling tak lame dahulu. Sekarang ni Wacom Cintiq pula mengeluarkan model baru iaitu Wacom Cintiq 24HD. Satu lagi mimpi basah buat penggemar wacom kerana rekabentuknya yang eklusif dan seksi. ^_^

Apa yang BEST sangat Cintiq 24HD ni?

Cintiq 24HD yang didirikan dan direka secara ergonomik  membolehkan anda cepat untuk menyesuaikan diri.  Bingkai yang mengelilingi paparan menyediakan tempat berehat untuk lengan dan tangan yang membolehkan anda untuk berehat dan bekerja dengan cara yang tradisonal. Dengan 24 paparan inci, warna gamut besar dan sudut tontonan yang lebih  luas memang sesuai kerja-kerja critical-color. Ciri-ciri ergonomik Cintiq 24HD menjamin keselesaan dan produktiviti kepada pengguna. 

Mempunyai paparan 1920 x 1200 HD dengan sudut pandangan 170 darjah dan 16:10 aspet ratio, Cintiq 24HD membolehkan anda melihat keindahan hasil kerja anda. Cintiq 24HD mengintergrasikan teknologi pen wacom yang paling canggih, mampu mengesan 2048 tahap tekanan pen dan 40 darjah kecondongan, yang memberikan anda kawalan yang sensitif dan lebih tepat.

Cintiq 24HD menggabungkan banyak  ciri-ciri produktiviti  untuk membantu anda melakukan pekerjaan anda dengan cepat dan baik. Touch Ring yang diletakkan di atas kedua-dua belah paparan seperti fungsi zoom,scrolling dan mengubah saiz berus boleh disesuaikan mengikut kehendak anda dan ini lebih menjimatkan masa. 

WACOM CINTIQ 25HD


Active Area
20.41 x 12.8in (518.4 x 324.0mm)
Color
Black
Compatibility
Windows 7 / Vista / Vista x64 / XP / XP x64 / Mac OX X 10.5 or greater
Data Port
USB
Display Adapters Included
DVI-I to VGA
Display Connector
DVI-I, DisplayPort
Graphics Input
Analog RGB, digital DVI, DisplayPort
Physical Size
30.29 x 18.26 x 2.5in. (769.3 x 463.74 x 64mm)
Power Supply Input
100-240 VAC 50-60 Hz
Power Supply Output
24 VDC 5.0A (max)
Pressure Levels
2048 on pen tip and eraser
Stand Adjustability
Arm: 2° to 77°, Range: 75° Display: 88° to 165°, Range: 163°
Warranty
2 years (USA/Canada)
Weight
63.8lbs. with stand (29.0kg)




Sumber: Wacom America

Saturday, 10 September 2011

Jangan Serius Sangat!!!

Joker Dark Knight | Digital Artwork
Adobe Photoshop Cs5 + Wacom Intous4

Akhirnya siap jugak...

Sejak kebelakangan ini aku dah start melukis balik. Banyakkan praktis, untuk misi dan visi. ahakz.... Sebagai modus operandi pertama ialah aku joins battle kat  Pergh.com . Sekarang ni tengah dok battle redesign salah satu character dalam siri anime Death Note ... Re: Character Redesign Battle 145 : Misa Amane


Linework drawing aku nih...

Misa Omm Ar

Terlalu jauh lari daripada character asal, takpe la kut. Sebab dah nama redesign kan... ahakz. Tapi masih banyak lagi yang aku perlu perbaiki dan pelajari. Slow-slow... InsyaAllah, boleh buat. 

Wednesday, 7 September 2011

Cinta, Aku, Dan Chun Li

Proses pertama ialah dapatkan idea kemudian buat lakaran

Masa agak banyak terluang sekarang ni. Walaupun sedikit kusut. Tetapi aku malas nak fikirkan sangat. Walau apapun hidup mesti diteruskan. Owh ya, sebelum itu, aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mengucapkan selamat hari raya kat aku di FB, twitter, email dan sebagainya. Terima kasih jugak kerana sudi datang beraya kat rumah aku. Erm, buat masa sekarang ni aku belum ada perancangan besar. Tetapi aku berkira-kira nak lukis komik. Sebab aku pernah bercadang nak lukis komik dan berjuang bersama rakan-rakan yang lain. Tetapi sebelum itu, aku kena asah balik skill drawing aku yang agak lama aku tinggalkan. 

Selepas buat lakaran, proses buat lineart dan cleanning dimulai.

Pada masa yang sama aku masih tercari-cari tema yang sesuai untuk komik yang bakal aku hasilkan nanti. Idea sudah ada, tapi bukan senang untuk aku buat skrip. Itulah kelemahan aku - menulis. Skrip kena mantap supaya plotnya berkembang dan pembaca seronok mengikuti dan membaca komik tersebut. Itulah cabaran untuk aku pada masa ini. Mesti ada 'story/cerita' dan 'script/skrip'.

Lineart selesai

Aku kene rajin sedikit   ... bukan, tapi banyak-banyak rajin  sekiranya nak involve dalam bidang ini. Sampai bila je kan aku hanya jadi penonton di tepian gelanggang sedangkan kawan-kawan yang lain beraksi ligat berpencak dalam industri. Ini yang aku betul-betul nak buat sekarang. InsyaAllah. Mudah-mudahan diberikan kelancaran untuk usaha ini. Dulu motivasi aku down sikit oleh sebab-sebab tertentu. Tetapi Alhamdulillah atas dorongan kawan-kawan, aku nak mula balik hasrat dan perancangan nak buat komik ni. 

Proses toning dan shading sebelum proses mengaler dijalankan. 

Cinta aku terhadap dunia komik memang sejak dari kecil lagi.  Tak dapat dipisahkan. Aku membesar dengan karekter-karekter komik superhero seperti superman, batman dan spiderman. Pada masa itu Cicakman masih belum wujud ... ahakz. Pengaruh daripada saudara-saudara aku jugak begitu kuat kerana mereka juga mempunyai minat yang sama. So berlaku la exchange komik di antara kami pada masa itu. Ada juga komik yang aku dapat, hadiah daripada diaorang .. time diorang holiday kat memane je... kalau nak diikutkan banyak dah koleksi komik aku. Tapi banyak jugak yang dah takde,... ade yang pinjam tapi tak pulangkan balik. Buat reta sendiri, memang ramai. Okey la, jenuh aku nak taip panjang-panjang. Anyway, ini adalah proses sketch aku buat karekter Chun Li. Ntah la, apsal la aku minat sangat lukis Chun Li ni. Ahakz... sebab dia cunnnn kut. ^_^. Work ini masih dalam progress. Pada yang akan datang ni, aku akan post versi yang berkaler pulak.

Wish me luck to break into industri ^_^

Wednesday, 31 August 2011

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54

Jalur Gemilang

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 


Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara. 


Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.
Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh. 


Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden. 


Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.


Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.


Sumber: Arkib Negara


Iklan Kemerdekaan daripada Digi.

Tuesday, 30 August 2011

Inkling Racun Terkini Penggemar Wacom


Inkling


Pena Inkling wacom berupaya capture kesamaan hasil lakaran anda melalui hujung ballpoint pada mana-mana buku lakaran atau sekeping kertas yang standard. Direka untuk rough concepting dan creative brainstorming. Inkling wacom sesuai untuk kerja-kerja awal bagi proses kreatif. Kemudian anda boleh membaiki kerja-kerja anda dengan tablet intous4 atau Cintiq. 

Di samping dapat capture lakaran anda, strok ke strok, inkling membolehkan anda untuk membuat lapisan (layer) dalam fail digital manakala anda melakar di atas kertas. Fail digital dipindahkan ke komputer anda menggunakan perisian Inkling Sketch Manager dan kemudiannya dieksport ke aplikasi seperti Adobe Photoshop dan Illustator. Fail juga boleh dibuka dengan perisian Inkling Sketch Manager untuk mengedit, memadam (delete), menambah Lapisan (layer), dan perubahan format fail.

Alatan yang disertakan :

*Inkling Digital Pen
*Rechargeable Pen battery
*Pen ink cartridge
*Charging Case
*Receiver
*Rechargeable Receiver Battery
*USB cable
*Spare pen ink cartridges (4)
*Inkling Sketch Manager Application (located on the Inkling receiver)
*Quick Start Guide and electronic User’s Manual

System Requirements
*Windows 7, Vista or XP (SP3, 32 or 64 bit versions),
*Mac OS 10.4.0 (or later)

Inkling Wacom sesuai dan mudah dibawa ke mana sahaja.