I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 2 January 2016

Terima Kasih Adenan Satem


Adenan Satem
Adobe Illustrator

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem di atas kredibiliti beliau menerajui kepimpinan negari Sarawak. Karektor beliau yang sentiasa merendah diri serta peka dengan perihal masyarakat membuatkan dirinya sangat disenangi oleh semua bangsa Sarawak. Didoakan semoga Tan Sri dikurniakan kesihatan yang baik dan terus dalam keberkatan Ilahi untuk terus memimpin negeri Sarawak.

2016/// m i n d b l o w n




Gila arghhhh.... dah setahun rupanya aku tak update blog hahahaha....

Bagaimanapun Selamat Tahun Baru (2016) buat semua rakan-rakan blogger. Aku taknak buat janji klise, konon azam tahun ni nak aktif balik tulis blog. Ahaks. Taknak jadi "abu-abu".

Tapi inshaaAllah... ada kesempatan, aku akan update entri. Aku sayang sesangat ngn blog aku nih. Ada follower ke idak, takpe la. Aku redha, chewah...

Tahun 2015 dah pun berlalu, alhamdulillah banyak moment yang aku takkan lupakan terutama bersama dengan family aku sendiri. Tahun 2015 kitaorg banyak spend masa bersama, alhamdulillah. Aku rasa syukur sangat-sangat.

Untuk tahun 2016, aku sudah sedia. Selamat datang 2016. Apapun yang mendatang, inshaaAllah aku sudah siap mendepaninya (Dengan Izin Allah inshaaAllah. hehehe).

Thursday, 1 January 2015

Salam Dua Ribu Lima Belas



Selamat menyambut tahun baru. Tahun 2014 telah pun berlalu pergi melabuhkan tirainya dan sekarang dah masuk tahun 2015. Salam hormat buat tahun dua ribu lima belas. Mudah-mudahan masih ada lagi manusia yang bersifat belas, sering membantu tanpa mengharapkan balas, penuh bersopan dalam pertuturan serta ramah dan ikhlas.

Kalau nak imbas balik dari awal tahun 2014 sehinggah akhir tahunnya, tak banyak yang dapat aku kongsikan. Lebih banyak yang agak kurang nyaman untuk diceritakan. Banyak sangat rasa kehilangan yang aku alami. Ya kehilangan.

Antara yang terkesan dalam hidup aku, apabila nenda Dayang Mutiara Binti Abang Umar, yang telah kembali ke rahmatullah pada petang  jam 03:40 pm bersamaan 2 Ramadan 1435H. Ketika nenda sedang menghadapi sakratul maut,  aku sempat berada disisinya. Jari jermarinya aku pegang erat, tak putus-putus aku bisikkan "la illaha illallah" ke telinganya. Namun, Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Nenda pergi menghadap Ilahi.

Tahun 2014, selain aku yang menghadapi dugaan -- aku sedar, bahawa seluruh negara kita juga turut diuji oleh Allah Yang Maha Esa. Antaranya dengan misteri kehilangan pesawat MH307 yang masih belum dapat dikesan sehingga kini. Kemudiannya pesawat MH17 yang terhempas akibat ditembak pihak pemisah Ukraine. Turut terjadi bencana-bencana alam yang dihadapi di negara kita. Serta yang terbaru, kapal terbang milik syarikat penerbangan Air Asia Malaysia yang dipinjamkan di Indonesia AWQ 8501 pula terhempas ketika penerbangan dari Sarobaya ke Singapura.

Bermacam mushibah yang terjadi pada tahun 2014.

Tetapi dalam pada itu, aku menyedari bahawa Allah tidak hanya menduga kita tetapi ingin menegur kita tentang bagaimana pembawakan kita dalam kehidupan serta apakah cukup amanah yang kita tunaikan di muka bumi ini?

Alhamdulillah, walaupun aku mengalami kehilangan dan mengalami rasa kecewa yang buatkan aku rasa 'down' sangat-sangat, Allah hadirkan aku orang-orang yang baik-baik. Sekurang-kurangnya aku tak 'lost' dari pegangan agama dan akidah.

Dulu aku sering lemah dengan kehendak hawa nafsu. Sering aku kalah. Kemudiannya satu persatu Allah tarik. Terutamanya insan-insan yang aku sayangi. Dan tak mungkin dapat untuk aku miliki lagi.

Namun aku berlajar dari semasa ke semasa. Alhamdulillah. Saat bila sudah tiada ini, banyaknyak aku belajar untuk memperbaiki diri. Adakalanya aku rindu. Tapi hanya doa yang dapat aku titipkan.

....

Tahun 2015, agak klise untuk bercakap pasal azam. Sedangkan yang sepatutnya azam itu bukan manifestasi untuk di canang setiap setahun sekali. Tetapi harus dilaksanakan pada setiap hari. Syukur sebab masih diberikan kesempatan untuk terus bernafas dan terus hidup untuk hari ini dan hari-hari yang mendatang. Kehidupan ini harus dimanfaatkan dengan hal-hal yang lebih mendekati diri dengan Allah.

Kekadang rasa sedih jugak, saat masih jahil dan terlalu suka dengan kehidupan sering berseronok. Rasa terlalu banyak dosa-dosa lalu. Andai takdirnya esok lusa ajal menjemput, Allahu Rabbi... tak dapat aku bayangkan seksa kubur yang bakal dihadapi dengan amalan yang tidak seberapa.

Ya Allah, aku harap masih ada kesempatan untuk aku bertaubat dan manfaatkan kehidupan ini dengan kebaikan. Aku doakan juga supaya seluruh ahli keluarga aku, rakan-rakan serta mereka yang pernah hadir dalam hidup aku mendapat payung rahmat perlindungan daripada Allah serta mendapat hidayah untuk dekatkan diri kepada-Nya.

2014 -- terima kasih kerana banyak memberi pelajaran dalam hidup ini. Terima kasih juga kerana mengajar diri untuk mengenali kehidupan. Terima  kasih kerana mengajar untuk bertabah.

2015 -- selamat datang. Aku sudah bersedia untuk berjuang bersamamu. InsyaAllah, dengan izin Allah permulaan untuk penghidupan yang baru. Selamat tinggal untuk kenangan yang mendukacitakan. Aku lebih percaya akan ketetapan yang Allah sudah tulis untuk aku.

Kepada yang membaca entri ini, pada kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat tahun baru. Maaf aku pohonkan atas segala kekhilafan yang pernah aku lakukan secara sengaja atau tidak sengaja, keterlanjuran tutur bicara dan tingkah laku -- aku mintak maaf. Semoga pada tahun baru ini akan memberikan satu lembaran baru buat kita. Agar kita sama-sama mendapat keberkatan dalam mencari rezeki serta pekerjaan yang kita lakukan. Terima kasih.

....

"Kita melangkah ke tahun baru, bermakna ajal kita semakin hampir. Rasullullah mengatakan bahawa
orang yang cerdik adalah orang banyak mengingati kematian ...
Semoga bertambah semangat untuk membaiki diri. Bertambah kesungguhan untuk jujur
dalam setiap urusan. Bertambah kuat menunaikan amanah ...
Yakin, semuanya akan dinilai selepas mati."
- Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus.

Monday, 29 December 2014

Logo Design


Rekaan logo baru untuk Physique Gym
Direka oleh : Halimunan Studeo
Media : Adobe Illustrator


Please note that all photography,images, and illustration is solely own by KAI KASIM and can only be used with strict permission from the artist. It is not allowed to download, to store, to copy, to reproduce, to use or to modify the images in any way, alone or in any other context, without the written permission, phone call or email OR INBOX to KAI KASIM in advance. © All Copyrights Reserved KAI KASIM.